Aizat Amdan Bakal Bertarung Muay Thai, Lebih Setahun ‘Low Profile’ Ikut Latihan Sukan
Kalau korang tiba-tba rasa dada jadi sesak, seram sejuk dan badan menggeletar, hati-hati guys kerana mungkin korang sedang berhadapan dengan masalah panic/anxiety attack.
Mungkin ramai yang menganggap situasi ini adalah hal biasa saja, namun sebenarnya jika tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, ia mungkin mengancam diri sendiri.
Lihat saja bagaimana selebriti popular Diana Daniel berkongsi kisahnya yang menghidap simptom anxiety attack satu ketika dulu, ia bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh.
Jadi berikut kami nak kongsikan dengan korang 10 perkara tentang panic attack yang mungkin korang tak sedar atau tidak tahu. Jika mengalami sebarang simptom-simptom seperti dibawah, silalah ambil tindakan segera.
1. Serangan berlaku secara tiba-tiba tanpa ada penyebab atau penyebab tersebut terlalu ‘trivial’
2. Serangan memuncak dalam tempoh sekelip mata (+- 1 minit) dan hilang dengan cepat (tak lebih 20 minit).
3. Perlu ada sekurang-kurangnya 4 dari 12 simptom, baru boleh dikatakan ada serangan panik. Antara simptom-simptomnya adalah rasa pening nak pitam, mata berpinar/kabur, nafas tak lancar/laju, berdebar, rasa tercekik, rasa nak mati, dada sesak, seram sejuk, menggeletar, rasa lembut kaki tangan dan perut rasa tak selesa.
4. Serangan panik yang kerap diikuti kerisauan melampau mengenainya dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan akan didiagnosa penyakit panic disorder
5. Boleh ada agoraphobia, iaitu fobia terhadap situasi dimana penghidap takut dirinya akan terperangkap. Contohnya, di kenduri, pergi masjid dan dalam shopping mall.
6. Boleh menjadi salah satu penyakit sampingan kepada depresi, anxiety disorder, ptsd dan sebagainya.
7. Simptom panik boleh menyerupai penyakit perubatan lain seperti masalah ritma jantung, masalah thyroid, penggunaan bahan terlarang dan sebagainya. Jadi, korang kena check tahap kesihatan secara menyeluruh.
8. Keadaan pesakit yang teruk boleh menyebabkan hilang fungsi dalam situasi sosial, pekerjaan dan personaliti diri.
9. Amalkan teknik relaksasi seperti relaxation breathing, progressive muscle relaxation, teknik ibadah dan meditasi sebagai langkah awal untuk merawat.
10. Berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan simptom dan mendapatkan rawatan yang tepat.
Sumber: Twitter Dr Rostam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source