“Saya dengan Cik Epal bukan lagi suami isteri..”
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Jofliam mendakwa rumah tangga bersama isterinya, Cik Epal sudah menemui titik noktah selepas mahligai mereka dilanda konflik, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian yang didedahkan sendiri oleh Jofliam di IG-Storynya, dia yang kini berada di Milan, Itali untuk pertandingan Top 100 Pizza memberitahu statusnya ‘saya dengan Cik Epal bukan lagi suami isteri’ telah menimbulkan tanda tanya orang ramai.
Disebabkan itulah, dia tidak dapat membawa isterinya ke Milan kerana masih tidak mengetahui status sebenar perkahwinannya secara sah dan hanya akan diketahui pada bulan ini.
Perkahwinan Jofliam
Artikel lain: Fazura nekad mahu bercerai, demi maruah sebagai wanita & kesejahteraan anak
“Kenapa saya tak bawa Cik Epal ke Milan? Sebab saya masih tak tahu status perkahwinan saya secara sah, akan diketahui bulan ini.
“Saya tak nak bawa dan kemudian bila balik Milan, announce benda yang tak sepatutnya sebab saya tak nak ada tohmahan yang katakan ini semua marketing.
“Jadi saya disini adalah urusan kerja demi nama Malaysia di mata dunia,” ujarnya.
Terdahulu, Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar menafikan mempunyai hubungan sulit dengan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Dewi.
Bagaimanapun, keadaan rumah tangganya bertambah buruk apabila Jofliam mendakwa berlaku campur tangan darah dagingnya sendiri yang dikatakan cuba meracuni pemikiran isterinya dengan khabar angin berunsur fitnah.
Perkahwinan Jofliam
Susulan itu, Jofliam cuba menggunakan pendekatan media sosial untuk membuat pendedahan kerana ‘sudah tidak mempunyai medium lain untuk bercerita’.
Sumber: Instagram @Jofliam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source