Cik Epal enggan keruhkan keadaan
Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal enggan untuk mengeruhkan lagi keadaan berhubung konflik rumah tangga yang melanda dengan suaminya, Jofliam, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Cik Epal di laman Instagramnya, dia masih menghormati Jofliam seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap kedua anak mereka iaitu Han dan Yuki.
Cik Epal enggan
“Aku masih hormat dia sebagai ayah yang sangat baik dan bertanggungjawab kepada Han&yuki.
“Aku sebenarnya tak suka nak reveal hal rumah tangga dekat media sosial. Biar aku dengan dia saja tahu hal sebenar sebab masih belum ada keputusan,” katanya.
Disebakan itu, Cik Epal enggan untuk mengeruhkan lagi keadaan dan mahu menyelesaikan masalah dengan cara baik.
Dia turut berharap agar orang ramai dapat mendoakannya agar dapat mengendalikan konflik yang timbul dalam keadaan tenang dan matang.
Artikel lain: “Saya dengan Cik Epal bukan lagi suami isteri..” – Perkahwinan Jofliam sudah berakhir?
“Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku percaya setiap apa yang berlaku pasti akan ada jalan yang terbaik. Korang doakan aku dapat handle situasi ni dengan tenang dan matang,” ujarnya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar dituduh mempunyai hubungan sulit dengan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Dewi.
Bagaimanapun, Jofliam menafikan semua dakwaan yang berunsur fitnah itu dengan menggunakan media sosial untuk membuat pendedahan kerana ‘sudah tidak mempunyai medium lain untuk bercerita’.
Bukan itu sahaja, dia mendakwa statusnya ‘saya dengan Cik Epal bukan lagi suami isteri’ telah menimbulkan tanda tanya orang ramai selain memberitahu status sebenar perkahwinannya hanya akan diketahui pada bulan ini.
Cik Epal enggan
Sumber: Instagram @Cik Epal
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source