Kucing peliharaan Nabila Huda nazak, hidap penyakit buah pinggang kronik tahap 4
Pelakon Nabila Huda dipuji netizen apabila sanggup menjaga seekor kucing peliharaannya, Aoki yang hidap penyakit buah pinggang kronik tahap empat.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi di laman Instagramnya, dia menunjukkan rutin hariannya dalam menjaga pemakanan, kesihatan dan kasih sayang yang diperlukan haiwan kesayangannya itu.
Hidap penyakit buah pinggang kronik
“Kehidupan kelihatan agak berbeza hari ini. Rutin harian kami berkisar tentang menjaga Aoki, yang tabah menghidap penyakit buah pinggang kronik.
“Antara pemantauan cecair, sesi pemberian makanan yang lembut dan memberikan semua kasih sayang yang kami mampu, saya telah menemui rentak baharu yang terbina atas kesabaran, harapan dan cinta tanpa syarat,” ujarnya.
Hidap penyakit buah pinggang kronik
Artikel lain: Usahawan menangis, kucing kesayangan ‘pergi’ selepas 18 tahun hidup bersama
Netizen puji keprihatinan, pengorbanan Nabila
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji sifat belas ihsan aktres yang berusia 40 tahun itu yang gigih menjaga kucing peliharaannya yang sedang nazak.
Ada individu berkongsi pengalaman jaga anak bulus sakit
Dalam pada itu, ada segelintir individu meluahkan rasa sebak apabila berkongsi pengalaman menjaga anak bulus yang sakit hingga akhir hayat.
Pelakon filem Bohsia: Jalan Pilih Jalan Hitam itu memberitahu Aoki tidak mempunyai harapan untuk pulih sepenuhnya kerana penyakit tersebut sudah berada di tahap empat.
Bagaimanapun, dia meminta kepada orang ramai untuk mendoakan kesihatan Aoki dan mengharapkankan berlaku kejaiban buat kucing tersebut untuk kembali pulih seperti sedia kala.
Sumber: Instagram @Nabila Huda
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source