“Kekuatan seorang ibu” -Tular wanita tunggang motosikal bawa 2 anak masih kecil
Tular video seorang wanita tunggang motosikal bawa 2 anak masih kecil di platform TikTok telah menyentuh hati banyak pihak.
Menerusi perkongsian yang dibuat seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Faizal Danial, dia telah memuat naik video yang dirakam sewaktu berhenti di sebuah pam minyak apabila melihat seorang wanita menunggang motosikal bersama dua orang anak yang masih kecil.
Tawarkan bantuan bawa anak2
Disebabkan kasihan melihat anak-anak wanita itu, Faizal telah turun dari kereta dan menawarkan bantuan membawa anak-anak yang masih lagi kecil dan ibunya mengikuti dari belakang menggunakan motosikal.
“Aku pun turun & pergi tanya akak tuu nak pergi mana.? “Saya boleh tolong hantar baby & yang lagi sorang tu. Akak ikut belakang kereta saya.. “.
Dia tak nak dan cakap tak apa.. so, aku masuk balik dalam kereta dengan perasaan sedih tak dapat tolong akak tuu..”tulisnya.
Wanita tunggang motosikal itu tolak bantuan
Walaupun bantuannya ditolak dengan cara baik, namun pengguna TikTok berkenaan cuba membantu dengan mengikuti wanita tersebut sambil memandu menuju ke rumahnya.
Ujarnya, wanita terbabit beberapa kali dihon pemandu lori kerana menunggang motosikal memasuki laluan kenderaan lain.
“Bila dia gerak aku follow belakang sambil-sambil nak balik rumah.. Ingatkn dia nak balik dekat area situ jew.. Sekali dia turun highway dari Educity menghala ker Perling..
Aku follow dari jauh tak nak dia takut ker apa sebab highway tuu banyak motor & lori yang balik kerja dari Singapore..
Lebih kurang 10-15 minit aku follow dia lebih sampai tol Perling banyak lori & motor hon dekat akak tuu sebab bawak motor kejap tengah kejap tepi.. ” katanya lagi.
Tersentuh lihat wanita tunggang motosikal dengan anak2
Di akhir perkongsian tersebut, Faizal yang akui sangat tersentuh dengan momen itu mengingatkan kepada semua andai diri merasa telah berada dalam keadaan susah, percayalah ada lagi yang lebih susah daripada kita.
“Kadang2 kalau rasa diri kita susah & ingantlah ada org yg lagi susah dati kita,” katanya.
Artikel lain: Abang sanggup tunggang motosikal dari Melaka demi hantar adik belajar di UUM
Macam nilah kekuatan seorang ibu
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas diterima dan ada di antara mereka merasakan wanita tersebut menolak bantuan yang dihulurkan mungkin kerana bimbang memandangkan tidak mengenali pengguna TikTok berkenaan.
Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi kisah sedih hampir serupa dengan wanita itu apabila menunggang motosikal sambil membawa anak kecil disebabkan kesusahan yang dialami ketika itu.
Mungkin dia tolak dibantu sebab tak kenal & risau perkara tak diingini berlaku
Perempuan ni memang kuat sebenarnya
Ada yang pernah lalui hal yang hampir serupa
Semoga urusan wanita itu dan anak-anaknya dipermudah serta mereka diberi keselamatan sepanjang berada di perjalanan.
Sumber: TikTok faizal_danial
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source