Warner Music Malaysia jadi penaja muzik rasmi pertama Harimau Malaya!
Buat julung kalinya, Warner Music Malaysia (WMM) telah dipilih oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai rakan penaja muzik rasmi Harimau Malaya pada Rabu.
Bagi memulakan kerjasama ini, projek pertama yang akan dilaksanakan oleh WMM untuk FAM adalah menghasilkan lagu rasmi bola sepak untuk Harimau Malaya.
Warner Music Malaysia jadi penaja rasmi muzik Harimau Malaya!
Pengarah Urusan WMM, Dinesh Ratnam berkongsi keterujaannya mengenai kerjasama tersebut disamping turut berasa bangga kerana menjadi rakan penaja muzik rasmi pertama untuk FAM.
“Bolasepak adalah sukan yang sangat disukai oleh semua rakyat Malaysia dan kami berbangga menyokong pasukan kebangsaan kami, Harimau Malaya, di dalam dan di luar padang.
“Oleh itu, kami di Warner Music Malaysia, sangat berbangga menjadi rakan penaja muzik rasmi pertama untuk FAM, dan teruja untuk memulakan kerjasama kami dengan menghasilkan lagu rasmi untuk Harimau Malaya.
“Ini adalah peluang yang sangat baik bagi kami untuk menunjukkan komitmen kami dalam menyokong kedua-dua sukan dan muzik industri di Malaysia dan kami berharap kerjasama ini juga akan meningkatkan semangat kesukanan di kalangan rakyat Malaysia,” ujar Dinesh.
Perasmian Warner Music Malaysia sebagai penaja rasmi muzik Harimau Malaya
Dinesh berkata demikian di Majlis Perasmian Pengumuman Perjanjian Kerjasama antara FAM dan WMM di Bandar Utama, Petaling Jaya di Selangor pada Rabu.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi meluahkan keterujaan beliau di atas kerjasama terbaharu FAM bersama WMM.
Artikel lain: Warner Music Malaysia laksana inisiatif baru, promosi artis Malaysia di peringkat antarabangsa
“Seperti yang semua sedia maklum, muzik merupakan antara elemen penting yang dapat menghidupkan rasa semangat dan keterujaan dalam sukan bola sepak.
“Ia juga antara salah satu cara di mana kita dapat menghubungkan generasi ke generasi dan saya amat teruja untuk melihat lagu rasmi bola sepak kebangsaan oleh WMM menarik rakyat Malaysia terutama sekali generasi muda daripada pelbagai latar belakang dan kaum.
“Selain itu, saya pasti menerusi lagu rasmi bola sepak kebangsaan ini, ia dapat membakar semangat pemain-pemain Harimau Malaya apabila turun beraksi demi negara pada perlawanan-perlawanan yang akan datang.
“Besar harapan saya agar jalinan kerjasama menyatukan dua elemen yang kuat – bola sepak dan muzik – untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi semua peminat Harimau Malaya,” katanya.
Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pengarah Urusan WMM, Dinesh Ratnam dan perjanjian kerjasama itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman dan Pengarah A&R WMM, Raqeem Brian.
Selain itu, hadir sama pada majlis pengumuman kerjasama FAM dan WMM itu adalah ahli Exco FAM, ACP (B) Md Dali Wahid dan Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source