Dafi Tampil Dengan Imej Kurus Dan Cengkung, Netizen Bimbang Tahap Kesihatan – ” Rindu Dafi Yang Dulu..”
Tanpa sedar, isu perdagangan, penjualan dan pemilikan hidupan liar sebagai binatang peliharaan dipandang remeh sehinggakan ramai yang menyimpan niat untuk membela dan memlihara binatang eksotik terutamanya ular.
Tapi sebelum korang memelihara binatang itu ambil kira sisi haram dan halal. Sebagai orang Islam, apakah hukum apabila melakukan jual beli dan memelihara ular. Ini penjelasan yang telah dikongsikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan di bawah ini.
Soalan
Assalammualaikum, adakah dibolehkan untuk menjadikan ular sebagai haiwan peliharaan dan apakah hukum berjual beli ular? Mohon pencerahan SS Mufti, terima kasih.
Ringkasan Jawapan:
Hukum memelihara ular adalah haram dan dilarang melaksanakan transaksi jual beli ular. Hal ini kerana ular termasuk dalam kelompok haiwan pengganggu (fawasiq) dan tiada manfaat untuk diperdagangkan. Setiap barangan jualan yang tiada nilai manfaat adalah tidak sah transaksinya kerana tidak menepati syarat jual beli.
Huraian Jawapan
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat
Ular antara haiwan yang berbahaya dan memberi mudarat kepada manusia. Terdapat beberapa riwayat hadis yang menunjukkan bahawa Baginda SAW memerintahkan agar ular dibunuh sama ada dalam keadaan berihram atau tidak ihram. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ مُحْرِمًا بِقَتْلِ حَيَّةٍ بِمِنًى
Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan orang yang sedang berihram untuk membunuh ular di Mina”
Riwayat Muslim (2235)
Menurut imam Nawawi, hadis ini menunjukkan bahawa seseorang yang sedang berihram diharuskan untuk membunuh ular. Sepertimana yang diketahui orang dalam keaadan ihram dilarang untuk membunuh binatang, namun syarak memberi pengecualian terhadap binatang-binatang pengganggu, bahkan hukumnya sunat dibunuh untuk menghindari kemudaratan. ( Lihat : Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/ 234)
Daripada Aisyah R.Anha, Bahawa Nabi SAW bersabda :
خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فِي الْحِلِّ وَالْحَرَمِ : الْحَيَّةُ ، وَالْغُرَابُ الْأَبْقَعُ ، وَالْفَأْرَةُ ، وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ ، وَالْحُدَيَّا
Maksudnya : “ Lima binatang fawasiq yang boleh dibunuh di tanah halal dan haram (atau dalam keadaan berihram), iaitu ular, burung gagak hitam bercampur putih, tikus, anjing gila, burung helang
Riwayat Muslim 1198, Riwayat Bukhari 3314
Perkataan fawasiq yang dinyatakan di dalam hadis memberi makna binatang-binatang pengganggu dan perosak. Berpandukan hadis ini juga, majoriti ulama bersepakat bahawa harus membunuh binatang-binatang tersebut sama ada di tanah haram (Mekah dan Madinah) dan juga di luar tanah haram. ( Lihat : Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 8/ 113-114).
Berdasarkan dalil yang dibentangkan, ular termasuk dalam lima kelompok haiwan penggangu (fawasiq) yang dianjurkan untuk dibunuh. Hal ini kerana haiwan tersebut memudaratkan dan berbahaya kepada manusia.
Fuqaha telah membahaskan hukum memelihara dan berjual beli kelompok haiwan penganggu ( fawasiq) seperti berikut :
Hukum Memelihara Ular
Ibn Hajar al-Haitami menyatakan haram mengurung lima binatang pengganggu dan perosak di dalam kandang untuk tujuan pemeliharaan.” (Lihat Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh Minhaj 9/337)
Menurut Imam al-Zarkasyi, seseorang yang mukalaf diharamkan memelihara beberapa jenis binatang, antaranya anjing yang tidak dibenarkan oleh syarak dan juga binatang perosak yang lain seperti helang, tikus, burung gagak dan ular. (Lihat : al-Mantsur fi al-Qawaid, 3/80).
Hukum Jual Beli Ular
Imam al-Nawawi menyatakan tidak sah jual beli haiwan yang tidak mendatangkan manfaat seperti kumbang, kala jengking, ular, tikus semut dan seumpamaya. ( Rujuk Raudah al-Tolibin wa Umdatun al-Muftin 3/353 )
Fuqaha turut bersepakat bahawa tidak boleh dijual beli hasyarat (antaranya serangga) yang tidak memberi manfaat kerana tidak menepati syarat barang jualan iaitu barang jualan mestilah mempunyai nilai manfaat. Oleh yang demikian, haram menjual hasyarat (antaranya serangga) seperti tikus, ular, kala jengking, kumbang, semut dan seumpamanya. Adapun sekiranya sebahagian haiwan serangga mempunyai manfaat, maka ia harus dijual seperti ulat sutera untuk dijadikan kain sutera dan serangga lebah yang boleh menghasilkan madu. ( Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Quwaitiyah, 17/280)
KESIMPULAN
Setelah meneliti perbahasan yang dikemukakan, haram memelihara haiwan yang dianjurkan untuk dibunuh terutamanya binatang yang berbahaya seperti ular. Bahkan, ular termasuk dalam kelompok haiwan penggangu dan perosak (fawasiq) dan tiada manfaat untuk diperdagangkan. Setiap barangan jualan yang tiada nilai manfaat adalah tidak sah transaksinya kerana tidak menepati syarat jual beli.
Jadi, dah tahu hukumnya masih nak memelihara haiwan berbisa ini?
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source