Fasi buat prank mohon maaf, akui tindakan kurang sesuai
Fasilitator atau fasi buat prank mohon maaf selepas mereka tular baru-baru ini di media sosial kerana bergurau bergaduh dengan rakan lain semasa orientasi pelajar baharu demi menyambut hari jadi rakan mereka.
Menerusi beberapa hantaran di TikTok, ms.ezad25 telah memuat naik video permohonan maaf daripada salah seorang fasilitator pada hari orientasi tersebut sebagai wakil.
Fasi buat prank mohon maaf
Menurut fasilitator yang mewakili rakan pemimpinnya yang lain di universiti awam tersebut, dia mengakui kesilapan disamping berkata apa yang mereka lakukan pada hari tersebut adalah tidak sesuai.
“Saya mengakui kesilapan saya. Pertama sekali, mungkin kandungan yang saya buat tu tak berapa sesuai. Apa-apapun, saya kena mengakulah. Memang itu kesalahan yang kita tak boleh nafikan,” katanya.
Jadi wakil rakan lain, fasi buat prank mohon maaf
Dalam pada itu, fasilitator tersebut juga berpendapat walaupun tindakan netizen mengecam fasilitator dan pelajar di universiti awam tersebut kurang sesuai, dia berharap semua orang dapat bergembira semasa orientasi itu.
“Mungkin apa yang difikirkan netizen itu dan apa tindakan netizen terhadap saya dan terhadap anda semua mungkin tidak sesuai, saya harap semua enjoy.
“Saya minta maaf dari pihak saya dan saya mewakili keseluruhan fasilitator kerana tindakan saya menyebabkan nama kami, nama anda semua mungkin tercalar. Saya harap, orientasi kali ini menjadi kenangan untuk anda semua,” ujarnya.
Sementara itu, fasilitator tersebut juga berkata walaupun yang membuatkan dirinya tular dan dikecam netizen adalah salah seorang daripada pelajar di universiti awam tersebut, dia tidak menyimpannya di dalam hati.
Artikel lain: Fasi universiti dilabel syok sendiri, buat prank gaduh depan pelajar demi sambut birthday rakan
Malahan dia turut meminta orang ramai untuk memaafkan individu yang telah membuat orientasi di universiti awam itu menjadi tular di media sosial kerana mereka juga sebahagian daripada keluarga itu.
Akui kesalahan, fasi buat prank mohon maaf
“Walaupun perkara ini bermula daripada salah seorang dari kita, tapi saya tak simpan dalam hati. Walaupun dia dah viralkan video tersbeut, cuma saya harap semua, kita satu keluarga.
“Saya buat silap, dia buat silap, antara kita pun ada kesilapan. Saya harap, mulaai hari ini kita memaafkan antara satu sama lain dan jadi keluarga Johor,” luahnya.
Sebelum ini, tular di media sosial video memaparkan hari orientasi pelajar baharu di sebuah universiti awam di daerah Segamat yang mana fasilitatornya membuat prank demi sambut hari lahir rakan mereka.
Fasi buat prank mohon maaf selepas video ini tular
Susulan tular video itu, fasilitator di universiti berkenaan menerima kecaman teruk daripada warga maya yang berkata mereka kurang bersetuju dengan prank sebegitu.
Sumber: TikTok ms.ezad25
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source