“From kawan to Kahwin” -Bakal suami Nina Ismail Sabri kongsi momen waktu melamar
Bakal suami Nina Ismail Sabri kongsi momen melamar kekasih hatinya apabila memuat naik video sewaktu berlutut dan menyarung cinicin ke jadi anak bekas Perdana Menteri ke-9 Malaysia.
Menerusi video tersebut, jejaka dikenali sebagai Hafiz Osman itu telah memuat naik video sewaktu mengadakan lamaran untuk menyunting wanita yang dicintai sebagai seorang isteri.
Bakal suami Nina Ismail Sabri bawa ke pameran seni ‘palsu’ untuk melamar
Dalam kapsyen yang disertakan, bakal suami Nina Ismail Sabri memaklumkan yang dia telah merancang membawa Nina ke pameran seni ‘palsu’ bagi membuat kejutan dengan melamarnya.
“Untuk mengelakkan dia mengesyaki apa-apa, saya menjemputnya ke pelancaran pameran seni “palsu” rakan saya. Dia pernah mengaku dia tidak tahu banyak tentang seni,
“Dia tidak tahu, saya telah mengatur lawatan peribadi hanya untuknya, dengan cincin itu tersembunyi di hadapan mata sebagai sebahagian daripada lawatan itu,” ujarnya.
Bakal suami Nina Ismail Sabri sudah bersahabat sejak 13 tahun lalu
Hafiz juga memaklumkan yang mereka sudah bersahabat selama 13 tahun dan tidak menyangka ia berakhir menjadi pasangan seumur hidup.
Jelasnya, Nina adalah rakan baiknya dan akan menjadi pasangannya seumur hidup serta mengatakan bahawa detik lamaran tersebut merupakan permulaan kepada pengembaraan mereka sebagai pasangan.
Artikel lain: Nina Ismail Sabri bakal tamatkan zaman solo tak lama lagi? -#goodbyesinglenina”
“Tak sabar nak luangkan masa seumur hidup bersama”
Perkongsian yang dibuat oleh Hafiz telah membuatkan Nina terharu apabila dilihat sebak dan sempat meninggalkan komen di ruangan Instagram apabila mengatakan dirinya tidak sabar untuk meluangkan masa seumur hidup bersama kekasih hatinya.
Terdahulu, perkongsian Nina atau nama sebenarnya, Nina Sabrina Ismail Sabri telah mencuri tumpuan amabila memuat naik beberapa gambar dengan memakai selempang ‘bride to be’ dengan hashtag #goodbyesinglenina seakan memberi bayakangan bakal menamatkan zaman solonya.
Hal ini susulan tular perkongsian dia bersama seorang jejaka kacak yang memakai baju sedondon dengan kapsyen romantik dikongsikan di media sosial.
Sekadar info, Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan pereka fensyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie pada 2013 sebelum berpisah pada Ogos 2022.
Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata dikenali sebagai Jeanelle Nika.
Sumber: Instagram ninaismailsabri
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source