Hafreez Adam takut nak kahwin, akui Zara Zya wanita terbaik pernah hadir dalam hidup
Pelakon Hafreez Adam takut nak kahwin kerana bimbang akan disamakan dengan bapanya yang telah beberapa kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini.
Hafreez berkata, dia enggan membenarkan apa yang pernah dilaluinya sebelum ini turut dirasai anaknya jika mempunyai cahaya mata kelak.
“Bapa saya melalui fasa beberapa kali gagal dalam perkahwinan. Itu juga antara punca saya takut untuk berkahwin kerana bimbang orang akan samakan kehidupan ayah dengan saya.
“Sebolehnya perkara itu yang paling saya mahu elakkan,” ujarnya.
Hafreez Adam takut nak kahwin
Mengimbau semula ikatan pertunangan dengan pelakon Zara Zya yang hanya terjalin selama sebulan sahaja, pemilik nama Hafreez Adam Aizat Zahalan tidak meletakkan kesalahan di atas bahu sesiapa.
Aktor berusia 34 tahun itu juga yakin suatu hari nanti dia akan dipertemukan dengan wanita yang sepadan dengan jiwanya sesuai izin Tuhan.
“Sejujurnya Zara Zya adalah antara wanita terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya.”
“Waktu saya dengan Zara putus tunang dahulu, kami berbincang selama berjam-jam bagi membuat pertimbangan sehabis baik dan saling tidak menyimpan dendam antara satu sama lain.
“Saya datang daripada keluarga yang ibu bapa berpisah. Jadi saya tidak mahu anak-anak menjadi mangsa. Saya juga tidak mahu apabila sudah berumah tangga, ada antara kita yang saling berubah hati dan bercerai,”ujarnya.
Artikel lain: Zara Zya & Hafreez Adam sah putus tunang lepas sebulan sarung cincin
Hafreez tak jemu cari cinta baharu
Meskipun sudah beberapa kali gagal mengakhiri hubungan ke jenjang pelamin, Hafreez bagaimanapun tidak patah semangat atau jemu dalam mencari cinta baharu.
“Bukan menolak komunikasi, tetapi saya bukan jenis yang suka ‘bergayut’ berjam-jam untuk berbual.
“Cukup sekadar bertanya khabar dan berkongsi cerita penting apa yang berlaku pada hari itu. Bukan sepanjang masa perlu keluar bersama atau menelefon.
“Saya pula jenis yang suka duduk di rumah dan menghabiskan masa dengan keluarga.
“Jika ingin keluar ‘dating’ juga perlu bawa bersama adik atau kakak. Saya tidak pernah keluar berdua dengan kekasih saya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Hafreez turut akui dirinya dihimpit rasa bosan untuk berada dalam fasa mengenali dengan pasangan baharu di mana dia perlu menceritakan semula tentang dirinya dari awal.
Dia juga tidak menafikan mudah seandainya menjalinkan hubungan dengan pelakon kerana sudah saling memahami terutama soal kerjaya.
Bagaimanapun, dia memilih untuk bercinta dengan wanita bukan selebriti kerana orang ramai tidak mengetahui apa-apa berkaitan dirinya di media sosial.
“Jika bercinta dengan artis, apa yang yang dikongsikan dalam media sosial tentu akan dikaitkan dengan saya. Itu merimaskan,”kata Hafreez Adam.
Dalam perkembangan lain, Hafreez bersama dua rakannya mengambil pendekatan untuk menghasilkan sebuah aplikasi dikenali Hati Hotel bagi menghapus stigma negatif tentang kesihatan mental.
“Ramai antara kita tidak bijak mengatasi masalah emosi dan mental. Golongan lelaki terutamanya kurang mempamerkan emosi mereka kerana masyarakat sering mengatakan, lelaki tidak boleh menangis dan perlu kuat.
“Perkara begitu mengakibatkan lelaki lebih memilih memendam perasaan.
“Kami merancang aplikasi ini boleh digunakan secara percuma termasuk perkhidmatan nasihat daripada barisan pakar perubatan.
“Setiap kongsikan itu akan dirahsiakan identiti mereka, manakala cerita mereka itu akan dikongsikan di media sosial. Tujuan, kerana ingin khalayak tahu bahawa bukan mereka saja yang mengalami masalah,”jelasnya.
Sumber: Hib Glam (Fadila Awaludin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source