Sejarah Amerika Selatan terkenal dengan sejarah tamadun Inca yang pernah menjadi adikuasa pada abad ke-12 Masihi di Lembah Cuzco. Biasanya sebuah tamadun dapat berkembang dengan wujudnya sistem perairan yang sistematik.
Tapi, orang Inca mempunyai sistem perairan yang unik berbanding tamadun-tamadun lain yang biasanya membina terusan dari sungai atau laut ke ladang. Sistem perairan Inca ini ialah kuil air bernama Incamisana.
Bagaimana kuil air ini mampu membantu orang Inca mencapai era kegemilangan?
Incamisana pernah dibina di Lembah Patacancha, Ollantaytambo, Peru yang berfungsi untuk mengairi tanah-tanah subur yang mereka diami, serta jadikan sebagai monumen keagamaan bagi memuja para dewa yang melimpahi mereka dengan sumber air yang banyak.
Di samping penerapan elemen kejuruteraan sistem pengairan yang cukup unik, Incamisana turut dikagumi kerana kuil air ini dibina di lembah dengan ketinggian 2792 meter dari paras laut.
Kompleks pengairan yang maju ini terdiri dari sejumlah ruangan terbuka dan tertutup, kolam, air pancut, air terjun dan juga saliran-saliran yang berkambus. Kompleks ini memainkan peranan dalam mengairi teres-teres yang menjangkau beberapa kilometer panjangnya di empat buah lembangan yang terletak di Lembah Patacancha, iaitu Yuracmayo, San Pablo, Paq’chapata dan juga Puma Paqcha.
Dengan adanya kuil air ini, kemajuan tamadun Inca terserlah dalam pembinaan sistem saliran yang tidak mudah bocor, di samping keupayaan mereka dalam menangani situasi berupa bencana seperti kejadian tanah runtuh atau hakisan teres tanaman.
Menerusi kajian yang dilakukan oleh pasukan Dr Richard Miksad dari Universiti Virginia, Wright Water Engineers, Wright Paleohydrological Institute, mereka temui sebanyak 14 buah air pancut yang dibina khusus untuk upacara-upacara keagamaan.
Terdapat juga tiga buah binaan air pancut lain yang dipercayai masih dalam proses pembinaan sebelum ditinggalkan oleh kaum Inca sendiri. Antara air pancut yang mendapat perhatian mereka ialah Baño de la Ñusta (Air Pancur Mandian Puteri).
Kuil Air Incamisana turut diperhebatkan lagi dengan hasil-hasil ukiran batu yang amat terperinci dan juga kuil ini berhubung dengan wilayah-wilayah dalam Empayar Inca melalui rangkaian jalan raya.
Menurut Richard Miksad lagi, kebanyakan saliran yang membentuk sistem pengairan di Incamisana ini pada asalnya dibina oleh orang Quillke yang hidup pada era kebudayaan pra-Inca (900-1200M). Mereka sempat mendiami Lembah Patacancha sebelum ketibaan kaum Inca pada kurun ke-13 Masihi.
Kemudian Incamisana dan salirannya ditambah baik dan diselenggara oleh orang Inca sepanjang pendudukan dan penguasaan mereka. Di sinilah kaum Inca mencapai era kegemilangan, berkat kuil air yang sentiasa menjadi nadi hidup empayar mereka!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source