Rita Rudaini tanggung kos rawatan anak sendiri,dedah hampir 13 tahun ‘pembayar’ insurans henti bayar
Pelakon Rita Rudaini tanggung rawatan anak sendiri yang hampir seminggu di hospital akibat patah tangan disebabkan sikap ‘seseorang’ yang tidak endah.
Dia bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila anak sulung, Airit Rayyan Rizqin selamat menjalani rawatan di hospital.
Malah, dia turut berterima kasih kepada semua orang yang berada di sisinya sepanjang Airit Rayyan berada di hospital mendapatkan rawatan.
“Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Hampir seminggu mommy dan adik berumah tangga di hospital. Terima kasih adik korbankan masa sekolah dan aktiviti untuk bersama mommy jaga abang Ryan.
“Mommy selalu pesang kat anak-anak, kita senang sama-sama dan susah pun sama-sama. Kita kena sentiasa ada untuk masing-masing. Terima kasih ahli keluarga selalu ada untuk kami. Terima kasih cikgu, doktor dan jururawat,”tulis Rita Rudaini dalam satu hantaran di Instagram, hari ini.
Rita Rudaini tanggung kos rawatan anak sendiri
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai apabila Rita mendedahkan segala kos rawatan anaknya yang bermula dari patah tangan sehingga buka ‘plate’ ditanggung penuh oleh dirinya dan bukan pihak insurans.
Dedah Rita, sebelum ini anaknya mempunyai insurans namun tidak pernah digunakan, lebih-lebih lagi dia sendiri tidak memegang akaun perlindungan insurans tersebut.
Artikel lain: Rita Rudaini terima Anugerah Ibu Ikon – “Saya akan terus beri inspirasi kepada wanita..”
Pun begitu, ternyata polisi perlindungan insurans berkenaan sudah tamat hampir 13 tahun kerana pembayar berhenti bayar.
Kongsinya lagi, dia ada mengambil perlindungan insurans yang lain tetapi juga ‘lapsed’ semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sebelum ini Ryan ada insurans dari baby tapi Mommy tak pernah guna sebab mommy tak pegang. Insurans tu rupanya dah luput hampir 13 tahun sebab pembayarnya sudah berhenti bayar.
“Mommy ada ambil yang lain tapi dah luput masa PKP. Lepas itu mommy nekad buat yang baru dengan syarat akaun yang 13 tahun luput itu kena tutup dulu. Malangnya manusia yang buka akaun tu tak nak bagi kerjasama untuk tutup akaun walaupun tandatangan itu percuma. Walaupun ejen dah beri penerangan kepada manusia terbabit.
“Jadi tak dapat mommy ambil insurans sama syarikat dengan mommy dan adik,”dedahnya.
Tambah Rita, walau apa pun yang terjadi, dia akan memberikan yang terbaik buat kedua-dua anaknya itu meskipun berdepan dengan apa jua cabaran.
Sumber: IG Rita Rudaini
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source