Fattah Amin tahu ‘sesuatu’, tapi setuju untuk tak failkan nusyuz terhadap Fazura
Pelakon terkenal, Fattah Amin tahu ‘sesuatu’ namun telah bersetuju untuk tidak menfailkan nusyuz terhadap bekas isterinya, Fazura.
Memetik laporan dari Kosmo! Fattah menyatakan hal tersebut selepas ditanya beberapa perkara susulan pendedahan yang dibuat oleh Fazura selepas lafaz talak dibuat di Mahkamah Syariah Subang Bestari.
Fattah Amin tahu ‘sesuatu’, enggan dedahkan aib masing2
Ujarnya, dia enggan mendedahkan perkara tersebut yang mungkin satu rahsia besar bagi mereka kerana enggan mengaibkan diri masing-masing.
“Saya sebenarnya ada tahu suatu benda, tetapi kita (Fattah dan Fazura) dah bersetuju untuk tak nak buka aib masing-masing. Saya pun dah bersetuju untuk tidak failkan nusyuz.
“Janganlah (Fazura) buat benda-benda yang bukan-bukan macam ini (pendedahan), memalukan apa semua. Saya tak nak,” katanya.
Artikel lain: Buka aib bekas suami? Fazura boleh dipenjara, langgar perintah mahkamah
Fattah Amin tahu ‘sesuatu’, tapi tak mahu bergaduh hal2 macam ni
Jelasnya, dia enggan bergaduh seperti ini kerana perkara tersebut boleh memberi kesan buruk kepada anak mereka, Nur Fatima Aisya, 4 apabila melihatnya di masa hadapan apabila sudah besar nanti.
“Malu lah anak saya nanti, dah besar dia boleh tengok mummy dan daddy dia bergaduh cara macam ini. Saya tak nak, saya kesian ke dia,” katanya.
Kenyataan yang dibuat oleh pelakon drama Lelaki Melayu Terakhir ini susulan pendedahan Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Shariffuddin, 41, yang mengatakan bekas suami culas dalam memberi nafkah kepadanya serta anak mereka, tiada persefahaman lagi dalam rumah tangga serta Fattah dikatakan berlaku curang.
Mereka telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada pukul 9.45 pagi tadi.
Sumber: Kosmo!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source