‘Off Market’, Pinn Yang Kongsi Hari Bahagia Bersama Isteri Tercinta
Laa, ingatkan bila sudah mengahwini penyanyi pop Justin Bieber, berbahagialah isterinya Hailey Baldwin.
Namun, manalah ada perkahwinan yang tidak melalui ups and downs. Apatah lagi apabila remaja seperti Justin dan Hailey memilih untuk berkahwin pada usia muda.
Hal ini dikongsikan oleh Hailey sendiri menerusi temu ramahnya bersama Vogue US untuk isu terbaru mereka.
“Ramai remaja yang perlu memahami, berkahwin itu adalah sesuatu yang serius dan berat kerana kita kini berkongsi hidup bersama pasangan,” kata Hailey yang berkahwin pada September tahun lalu selepas mereka kembali bersama pada bulan Jun.
Nah, ini dia 5 kepayahan yang diakui oleh Hailey sepanjang perkahwinan mudanya. Hhm, korang sanggup ke nak hadap 5 perkara ini?
Mereka cuba sedaya mungkin untuk tidak tersalah cakap ayat yang boleh membuatkan pasangan terasa hati. Akhirnya, Justin rasa terperangkap apabila tidak mampu meluahkan emosinya.
“It drives me crazy kerana saya perlu ekspresikan diri, dan sukar untuk saya mengajak Hailey mengatakan apa yang dipendam olehnya,” kata Justin.
Kehidupan sebagai penyanyi terkenal membuatkan Justin selalu berjaga-jaga di keliling orang lain. Dia sukar untuk mempercayai orang lain kerana takut ada pihak yang sekadar ingin mempergunakannya saja, “Sehingga saya sukar untuk percayakan Hailey juga, tapi saya sedang berusaha.”
Walaupun kedengaran childish, tetapi ramai pengantin muda boleh relate dengan dilema Hailey yang satu ini.
“Pada awal perkahwinan, saya rindu sangat dengan ibu bapa saya. Pelik – kerana saya telahpun berjauhan dengan mereka sejak 5 tahun lalu kerana tuntutan kerja.
“Mungkin saya rasa tertekan kerana banyak komen negatif yang saya terima kerana mengahwini Justin. Jadi saya cari sumber mengadu iaitu ibu bapa.”
BACA: Lelaki Ini Kongsi Kenapa Tak Suka Remaja Kahwin Muda
Justin dan Hailey adalah individu yang realistik.
Jadi, mereka bukan seperti pasangan pengantin baru lain yang melalui fasa bulan madu. Sebaliknya, mereka rasa tertekan kerana selalu memikirkan, “Marriage is not a fantasy. I would be lying if I say so. You need to work it out..”
Hhm, susah juga macam ni…
Yang ni macam ekstrem sedikit.
“Mungkin kami terlebih sensitif kerana kami insan seni. Tetapi, timbul masa apabila saya masuk saja ke dalam bilik, Justin akan bangun dan keluar daripada bilik tersebut.
“Apabila perkara itu terjadi kerana kami tersalah faham atau bergaduh kecil, kami akan ke gereja. Kami kembali kepada asas (agama mereka). Pada masa itu, kami sudah melupakan segala keresahan dan kami rasa lebih gembira.
***
Oh, patutlah Justin dan Hailey selalu didapati baru keluar dari gereja.
BACA: Ini Sebab Sebenar Hailey & Justin Menangis Bersama..
Kepayahan berkahwin pada usia muda memang tak disangkal, tambahan pula kedua-duanya masih berdarah muda. Kahwinlah bila sudah bersedia dari semua segi okay.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source