Reen Rahim geram ibu bapa pilih bulu -“Doa pun kedekut, lepas itu mahu anak tirikan anak..”
Pelakon Reen Rahim geram ibu bapa pilih bulu dengan membeza-bezakan anak sendiri sehingga menyebabkan ada diantara mereka berkecil hatil.
Dalam hantaran di Instagram, Reen berpendapat dan meluahkan rasa geram terhadap segelintir ibu bapa yang dilihat cenderung memilih bulu dalam soal kejayaan seseorang anak.
Pelakon filem Sue On mempersoal dan mempertikaikan perangai dan layanan segelintir ibu bapa.
“Kadang-kadang ada ibu bapa yang berperangai pelik-pelik, geram saya. Sebab, ramai sahaja kawan saya yang kadangkala bercerita, hanya disebabkan dia tidak stabil lagi maka dia dilayan bak anak tiri.
“Bagi saya, macam mana anak nak berjaya, kalau ibu bapa tak reda? Mentang-mentanglah bergelar ibu bapa, usahlah suka hati sahaja sakitkan hati anak. Kalau nampak anak itu sesak, tanya diri semula, adalah awak mendoakan dia?”luahnya dalam satu hantaran di Instagram.
Reen Rahim geram ibu bapa pilih bulu
Reen berkata, ibu bapa tidak seharusnya kedekut mendoakan anak-anak mereka dan harus ikhlas menghargai tanpa mengabaikan sesiapa pun.
“Reda tak dengan anak itu? Doa pun kedekut, lepas itu mahu anak tirikan anak.
“Ajarlah mata melihat benda yang tak nampak pada dasar. Hargai yang paling mahal iaitu keikhlasan,”luahnya lagi.
Biar sederhana asalkan semua gembira
Menerusi hantaran yang sama, Reen Rahim dilihat sedang meraikan sambutan ulang tahun kelahiran bapanya bersama ahli keluarga yang lain.
Coret Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, sejak dari kecil, dia bersama adik-beradik sering meraikan sambutan hari lahir ahli keluarga dalam suasana sederhana.
“Memang dari kecil, kami buat keraian dalam suasana sederhana, asalkan ikhlas walaupun cuma berikan bunga yang dipetik di laman rumah sebelah.
“Ia bukan sebab betapa megah tempat awak meraikan orang-orang tersayang atau berapa mahal hadiah yang awak berikan kepada mereka.
“Ikhlas itu yang membuatkan mereka ini gembira, itu paling mahal daripada wang ringgit awak. Apa yang susah sangat nak fikir-fikir untuk hargai orang yang tersayang?
“Tetapi kalau mereka ini jelas yang tak reti menghargai keikhlasan anda, saya nasihatkan, untuk tahun-tahun seterusnya, sedekahkan sahajalah doa dari jauh. Mereka tak layak dapat kasih sayang kita yang ikhlas itu sebab mereka pilih bulu,”katanya.
Sekadar info, Reen Rahim mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin yang juga merupakan seorang ahli perniagaan pada 24 Disember 2022.
Sumber: Instagram Reen Rahim
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source