Emma Maembong sahkan telah bercerai, sudah selesai jalani idah
Tiada angin, tiada ribut, pelakon terkenal, Emma Maembong sahkan telah bercerai dengan Muhammad Shazli Azhar dan mengakui sudah menjalani tempoh idah.
Memetik laporan dari Harian Metro, Emma memaklumkan yang dirinya sudahpun berpisah dengan bekas suami secara baik.
“Ya kami sudah bercerai dan saya sudah tamat tempoh idah,” katanya.
Emma Maembong sahkan telah bercerai, pilih berdiam diri
Pelakon jelita itu memberitahu bahawa memilih untuk berdiam diri kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan memandangkan isu keretakan rumahtangganya rancak diperkatakan di salah satu forum gosip.
Disebabkan masih lagi berkongsi gambar bersama suami di media sosial, ramai yang berteka-teki tentang hubungan mereka sama ada masih lagi bersama ataupun tidak.
Ujarnya, dia masih berkongsi momen bersama bekas suami kerana mahu menjaga emosi anak-anak agar mereka tidak terkesan dengan penceraian tersebut.
“Saya sebolehnya cuba menutup kisah peribadi saya walaupun saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan media sebelum ini.
“Sebenarnya tujuan saya masih memuat naik foto bersama bekas suami di Instagram hanyalah untuk menjaga emosi anak-anak supaya mereka tidak terkesan dengan perpisahan ini.
“Saya nak anak-anak saya melihat keluarganya masih bahagia,”katanya.
Emma Maembong sahkan telah bercerai, bukan sesuatu yang perlu dibanggakan
Walau bagaimanapun, pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 32 tidak dapat berkongsi butiran terperinci perpisahan tersebut kerana menganggap ia terlalu peribadi.
“Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan dan sebab itu saya mengambil Langkah berdiam diri dan tidak bercerita kepada orang luar atau buat sebarang pengumuman.
“Namun, disebabkan hari ini saya menerima panggilan anda (media), saya rasa sudah tiba masanya untuk beritahu kepada umum supaya ia tidak lagi ditanya.
“Saya akui perkahwinan ini bukan satu perjalanan yang mudah. Banyak dugaan yang perlu ditempuh,”katanya.
Dia juga menjelaskan hubungan dengan bekas suami dalam keadaan baik dan mereka juga sama-sama menguruskan anak-anak.
Jelasnya, mereka menerima perpisahan ini dengan reda dan berlapang dada dengan ketentuan jodoh sampai disini sahaja.
Sekadar info, Emma dan Muhammad Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel dan Shakil Aryan Shah.
Sumber: Harian Metro (najiy jefri)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source