Fatin Afeefa tenang sorok kelahiran zuriat ketiga, tiada orang ‘terpaling tahu’ bagi nasihat besarkan anak
Pelakon Fatin Afeefa tenang sorok kelahiran zuriat ketiga hasil perkahwinan dengan usahawan yang juga personaliti media sosial, Aliff Awang atau dikenali Opai.
Menurut Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, dia mempunyai alasan tersendiri menyembunyikan berita kehamilan sehingga selamat melahirkan cahaya mata ketiga, Muhammad Jibril.
Fatin Afeefa tenang sorok kelahiran zuriat ketiga
Jelas Fatin, tujuannya merahsiakan berita tersebut adalah bagi mengelak segala tomahan selain tidak mahu terpengaruh dengan kata-kata orang luar yang disifatkan ‘terpaling’ tahu dalam soal membesarkan anak.
Fatin turut akui dirinya tenang apabila dapat melalui tempoh kehamilan dan bersalin seperti orang biasa.
“Kenapa ambil masa lama untuk umum sudah bersalin? Sebab saya tidak mahu orang luar menilai bagaimana saya dan suami membesarkan anak.
“Saya mahu menjalani kehidupan sebagai ibu dengan tenang. Sangat tenang apabila semua orang tidak tahu saya hamil dan beranak.
“Selama saya rahsiakan, tiada orang yang beri saya nasihat yang tidak patut saya minta (unnecessary advice).
“Untuk elak fitnah dan tomahan, saya dan suami bersetuju untuk tidak dedahkan terlebih dahulu fasal anak. Tidak semua netizen, tetapi segelintir yang suka komen negatif,”jelasnya menerusi sesi siaran langsung di akaun TikTok, semalam.
Pengalaman pertama Opai
Tambah pelakon filem Tentang Bulan ini, tindakan itu juga dibuat memandangkan suaminya pertama kali menyambut zuriat.
“Untuk suami saya sendiri, dia pertama kali ada anak kerana sebelum ini dua anak saya sudah besar.
“Jadi untuk pengalaman urusan bayi, pertama kali buat Opai. Dia juga mahu menjalani kehidupan sebagai bapa secara normal,”jelas Fatin Afeefa.
Artikel lain: Tiada lagi rahsia, Fatin Afeefa & Opai dedah wajah Muhammad Jibril
Terdahulu, Fatin Afeefa & Opai membuat pendedahan yang mengejutkan ramai pihak apabila mereka sudah menimang cahaya mata bernama Muhammad Jibril yang kini berusia tujuh bulan.
Dalam masa sama, Opai mengakui terpaksa membuat pengakuan mengenai anak sulungnya kepada umum selepas dimarahi ibu dan Fatin sendiri.
Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga dalam majlis tertutup pada penghujung tahun 2022 di Subang Jaya.
Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.
Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.
Sumber: TikTok fatinafeefa8
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source