Wanita nafi curang, tunjuk bukti dikasari suami, buat dua tiga kerja nafkahi diri & anak
Seorang wanita nafi curang selepas kecoh di media sosial apabila kantoi ditangkap bersama jejaka lain yang dipercayai anggota polis, baru-baru ini.
Tidak berdiam diri, wanita dikenali Muny Haniey tampil memberi penjelasan dan sekali gus menafikan semua tuduhan, sebaliknya mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga lelaki itu.
Wanita nafi curang
Menerusi hantaran di Facebook, Muny mendedahkan status hubungannya dengan suami di mana mereka sudah tidak tinggal sebumbung hampir setahun.
Dakwa Muny, banyak perkara telah berlaku terhadap dirinya, namun dia masih cuba berbincang secara baik tetapi tidak menemui jalan penyelesaian.
“Peluang terlalu banyak saya berikan kepada lelaki tersebut (suami) tapi tidak menemui jalan keluar.
“Saya yang melangkah meninggalkan lelaki tersebut. Sepanjang proses penceraian, saya tiada disabitkan oleh lelaki tersebut tentang nusyuz, tiada istilah curang atau apa-apa,”dakwanya.
Artikel lain: Suami tangkap isteri curang, netizen wanita husnuzon -“Mesti ada sebab bini dia macam tu”
Dakwanya lagi, suaminya juga tidak memberikan nafkah buat dirinya dan anak sehingga menyebabkan terpaksa buat dua tiga kerja termasuk melakukan Grab secara sambilan.
Jelasnya, dia terpaksa membuat banyak kerja bagi membayar segala hutang yang tertunggak disebabkan suaminya pernah menghalangnya untuk bekerja.
“Sebelum berkahwin dengan lelaki tersebut, saya seorang yang bekerja di kedai telefon tapi disebabkan dia terlalu cemburu kepada saya, dia suruh saya berhenti kerja, sedangkan dia tidak membantu dalam menunaikan tanggungjawab dalam membiayai nafkah kepada saya.
“Lelaki tersebut memang tidak mahu melepaskan saya secara baik dan dia memang berniat nak buat saya gantung tak bertali,”dakwanya lagi.
Tunjuk bukti, suami curang
Dalam hantaran berkenaan juga, dia turut menyertakan beberapa bukti tentang apa yang dilakukan oleh lelaki berkenaan terhadapnya.
Turut dikongsikan slip kehadirannya di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis pada 21 Jun 2023 bagi membuktikan proses penceraian sedang berjalan namun tertangguh kerana tidak mendapat kerjasama suami.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah beberapa bukti tangkap layar menunjukkan dakwaan kecurangan suami membuat panggilan video dengan beberapa video sepanjang perkahwinan mereka.
Terdahulu, suami wanita berkenaan mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan anggota polis berada dalam sebuah kenderaan di sebuah lokasi.
Dalam video tersebut, lelaki itu meminta isterinya untuk keluar daripada kenderaan yang dikunci namun, wanita terbabit bertindak melarikan diri.
Bagaimanapun, dia meluahkan rasa syukur apabila perbuatan curang isterinya itu telah terbukti kerana sebelum ini dia hanya mengetahui khabar angin itu daripada orang terdekat.
Sumber: FB Muny Haniey
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source