Anak dibuli, Tam Spider kecewa pihak sekolah ‘u-turn’ benarkan pembuli tinggal dalam asrama
Penyanyi Tam Spider kecewa pihak sekolah anaknya tidak membuang enam pembuli daripada asrama walaupun sudah bersetuju melakukannya ketika sesi perjumpaan dengan ibu bapa, Sabtu lalu.
Memetik laporan Harian Metro, penyanyi kumpulan Spider berusia 51 tahun itu kecewa dengan tindakan pihak sekolah bagi menangani masalah buli di sekolah anaknya.
Tam Spider kecewa pihak sekolah ‘u-turn’
Pemilik nama Rustam Mustafah berkata, semalam pihak sekolah membuat pusingan atau ‘u-turn’ apabila membenarkan pembuli anaknya itu masuk semula dan tinggal di dalam bilik warden asrama.
Apa yang membuatkan dirinya bertambah kecewa apabila alasan yang diberikan oleh pihak sekolah disifatkan tidak boleh diterima dek akal.
“Alasannya mereka akan menduduki peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Alasan ini macam tiada kena mengena. Mereka boleh saja belajar di rumah. Saya nampak ada pihak yang main wayang. Isu ini tiada kesudahan. Kalau begini cara sekolah, baik tutup saja.
“Perkara ini selalu terjadi pada kita. Dah jadi baru nak bertindak. Hari itu mesyuarat, ada keluarga cakap takkanlah nak tunggu sampai anak kami jadi mayat baru nak bertindak?” katanya.
Ibu bapa pembuli tak tahu, terkejut anak dikeluarkan asrama
Tambah Tam, walaupun Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan polis sudah bercakap mengenai masalah tersebut, namun pihak sekolah masih tiada jalan penyelesaian.
Lebih mengejutkan, keluarga pembuli itu sendiri tidak tahu anak mereka mempunyai masalah di sekolah dan terkejut apabila dikeluarkan dari asrama.
“Saya lihat pihak sekolah ada masalah dan cuba sembunyikan perkara sebenar sebelum ini.
“Malah, ada guru menasihatkan pelajar yang menjadi mangsa buli jangan memberitahu keluarga mengenai perkara itu.
“Sebaliknya dia sendiri yang akan sampaikan aduan itu kepada pembuli. Jadi, pengadu (mangsa buli) akhirnya menjadi sasaran pembuli untuk balas dendam,” katanya lagi.
Nyawa boleh ganti ke?
Tam berkata, adalah tidak menjadi masalah sangat setakat mereka pecahkan gitar anaknya atau mencuri kasut, namun tidak membabitkan sentuhan atau memukul.
“Tapi kalau dah pukul sampai ada mangsa yang telinga pekak dan lebih teruk lagi trauma, memang tak seronok. Lebih teruk kalau anak-anak kami hilang nyawa, adakah boleh dicari ganti?
“Anak saya dan Khir Rahman (pelakon) memang tak teruk kena sentuh berbanding anak orang lain.
“Memandangkan saya dan Khir selebriti, kami secara tak langsung mewakili mangsa yang lain kerana mereka kawan anak-anak kami.
“Walaupun saya mulanya keberatan nak ke depan tapi saya tak kisah apabila dipetik nama demi keselamatan anak-anak. Percayalah perkara ini serius,”tegas Tam Spider.
Artikel lain: Anak dibuli? Kieda Crepe nasihat -“Ibu kena dengan 1 Malaysia, jadi ibu tahu abang boleh bersabar..”
Dalam pada itu, Tam memberitahu dia juga percaya enam pembuli di sekolah anaknya itu pasti berdendam apabila perbuatan mereka dilaporkan kepada pelbagai pihak.
“Janganlah sasarkan pelajar tingkatan lima semata-mata kerana fahamlah mereka budak-budak muda yang ikut perasaan. Pihak sekolah juga kena mainkan peranan.
“Saya sepatutnya hantar anak masuk asrama hari ini tapi tak jadi buat demikian dengan perkembangan terbaru yang berlaku. Saya dah rasa tak selamat. Harap pihak tertentu buka mata perkara ini,”luahnya.
Difahamkan, Tam mengambil keputusan untuk tidak menghantar anaknya ke asrama sehingga perjumpaan kedua ibubapa dan pihak sekolah pada 14 Oktober ini.
Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source