Imam Maut Kemalangan Jalan Raya, Sempat Iqamat, Cium Anak Perempuan Baru Lahir
Setiap pasangan berkahwin pasti menginginkan zuriat mereka sendiri. Itulah yang menjadi penyeri rumah tangga dan penguat kasih sayang. Tetapi bukan semua orang mempunyai rezeki untuk terus hamil sebaik sahaja selepas berkahwin.
Seperti yang diceritakan suami ini, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, dia dan isteri masih belum dikurniakan anak. Sudah macam-macam jenis rawatan yang mereka buat baik secara moden atau tradisional tetapi masih tak ada rezeki. Isterinya malah mencadangkan agar dia berkahwin lain.
Nama aku Zarul. Berumur 35 tahun. Aku ada seorang isteri yang cukup sempurna, aku namakan sebagai Sue. Sue pula berusia 32 tahun. Kami dah 10 tahun berkahwin. Tapi masih berdua, tak ada anak.
Cerita Lain: [“Dah Sampai Had, Tak Mampu Cuba Lagi.” Suami Mengaku Tak Sayang, Ada Yang ‘Lain’]
Setiap Hari Menangis
Sue ni orangnya baik. Rajin dan pandai menguruskan rumah tangga. Selama aku berkahwin dengan dia, jarang sekali kami bertengkar. Kalau ada berselisih faham pun, semuanya sebab hal-hal kecil. Biasalah orang perempuan, nak bermanja.
Aku sayang sangat dengan Sue ni. Dia pandai ambil hati aku. Kalau dia masak, perghhh! Jujurnya, masakan emak aku sendiri pun tak sesedap Sue ni masak. Yelah, mertua aku ada warung makan. Logiklah anak perempuan dia ni pandai memasak.
Tapi sebabkan dia tak mengandung dan masih tak beranak sampai sekarang, hari-hari dia menangis. Aku tak sampai hati tengok. Asal siap solat, setiap kali tu aku dengar dia menangis. Kalau dia berjemah dengan aku, setiap kali tulah dia akan minta maaf sebab dia tak dapat bagi aku anak.
Malam-malam dia bangun, solat sunat. Mengaji. Sayu hati aku sebagai seorang suami. Mana tidaknya, aku tengok dia menangis tu sungguh-sungguh. Sampai bengkak mata. Ya Allah, tolonglah perkenankan doa isteriku.
Buat Rawatan, Tak Ada Masalah Serius
Tak sampai hati aku nak biarkan isteri berfikir dan stres sendiri. Jadi dah beberapa kali juga aku bawa isteri ke pusat rawatan kesuburan. Semuanya di tempat yang berbeza, supaya kami boleh bandingkan result yang diberikan. Alhamdulillah, selepas empat tempat kami pergi semuanya memberikan keputusan yang positif.
Aku dan Sue kedua-dua kami sihat. Tidak mandul atau mempunyai sebarang masalah kesuburan. Kami melahirkan rasa syukur, itu sudah cukup buat kami berdua. At least kami tahu kami mampu, cuma mungkin belum sampai masanya.
Aku juga cadangkan Sue untuk buat rawatan tradisional. Pergi berurut dengan seorang makcik di kampung emak aku di Negeri Sembilan (ini pun sebab emak aku yang suruh). Makcik ni memang bagus, rawatannya berlandaskan bacaan ayat Al-quran. Dulu dia dan arwah ibunya pun bekas bidan kampung. Dua orang abang dan seorang kakak aku pun, makcik ni yang ‘sambut’.
Alhamdulillah, dengan makcik ni pun katanya isteri aku tak ada masalah. Makcik ni cuma pesan supaya banyakkan berusaha. Kemudian doa banyak-banyak dan tawakal. Jangan stres dan terlalu memikirkan. Makcik ni juga nasihatkan orang rumah aku supaya terus bersabar, sekurang-kurangnya suami dan orang sekeliling tak pandang rendah atau bagi tekanan pada dia (yang ini betul, sebab aku dan keluarga tak pernah nak push wife aku untuk pregnant).
Cadangkan Aku Kahwin Lain
Suatu hari tu, isteri aku masak sedap. Special. Katanya ada hal nak dibincangkan dengan aku. Aku pun waktu kat pejabat dah berangan-angan. Sampai terbayanglah isteri aku nk suprise beritahu yang dia dah ada ‘isi’. Punyalah semangat, sepanjang hari di pejabat aku senyum aje.
Wife aku ni memang dia tak bekerja. Aku tak beri dia bekerja. Sebab aku nak dia rest dan tak penat sangat. Mungkin dengan cara macam ni, dia lebih mudah mengandung. Selepas enam tahun berkahwin, aku minta Sue untuk berhenti kerja. Tapi dia tak boleh duduk diam, jadi dia minta izin nak buat bisnes dari rumah. Jadi, aku benarkan.
Berbalik kepada cerita isteri aku masakkan sedap-sedap untuk aku ni, terperanjat besar aku! Dah sedap kami makan dan bergurau semua, tiba-tiba dia suruh aku kahwin lain. Bersembur air yang aku tengah minum waktu tu. Macam mana Sue boleh terbayang nak cadangkan hal ni pada aku?
Aku tak cakap banyak. Aku cuma gelengkan kepala. “Tak nak dan tak mungkin.” Itu je jawapan aku sebelum aku berlalu masuk ke bilik dan berkurung. Menangis-nangis si Sue memanggil aku dari luar. Tapi aku buat tak tahu. Sebab aku sedih sangat. Tergamak dia suruh aku kahwin lain, sedangkan dia dah cukup sempurna untuk aku.
Cerita Lain: [“Ibu tak Sayang, Asyik Pukul Kita.” Isteri Lepas Geram Pada Anak Sebab Suami Pemalas]
Bercuti di Indonesia
Aku rasa dekat seminggu juga aku buat tak tahu dengan Sue. Cuma berbasa-basi. Dia masak, aku makan. Dia tanya, aku jawab. Tapi nak bergurau tu tak adalah. Aku masih ralat dan berkecil hati. Mungkin pada dia, aku suami yang mementingkan nafsu.
Betullah, memang aku nak anak. Siapa yang tak nak jadi ayah. Dah 10 tahun kahwin, kalau tak ada masalah mungkin anak dah 3-4 orang. Tapi aku tak pernah pandang semua tu kekurangan pada diri Sue. Pada aku dia dah cukup baik untuk aku. Aku tak pernah menyesal mengahwini dia.
Sebenarnya aku ada rancang nak bawa dia bercuti. Jadi aku beritahu dia, siap-siaplah barang semua. Dia pun tak sangka aku dah plan nak honeymoon lagi. Punyalah seronok, waktu ni aku pun dah tak marahkan dia sangat. Dah okay sikit, maklumlah nak bawa isteri bercuti kenalah dalam mood bahagia kan?
Sepanjang lima hari di Indonesia, aku layan Sue baik-baik. Aku ikutkan saja setiap kemahuan dia. Setiap kali aku tatap wajah Sue, dia masih cantik. Tak pernah berubah sikit pun sejak 12 tahun lalu. Kami bercinta dua tahun dan berkahwin 10 tahun. Macam tu jugalah gaya Sue. Masih cantik, masih lembut tutur katanya. Tak pernah sikit pun rasa cinta aku pada Sue berkurangan, malah semakin bertambah.
Isteri Muntah-Muntah & Tak Lalu Makan
Sebulan lepas kami balik dari Indonesia, Sue tiba-tiba jatuh sakit. Dia demam dan muntah-muntah. Nak bangun pun tak larat. Sedih aku tengok keadaan dia. Bila aku suapkan bubur, muntah. Minum susu, makan roti pun muntah.
Aku ingatkan demam biasa, tapi dah seminggu masih macam tu. Tak ada tanda-tanda Sue semakin baik. Risau aku dibuatnya. JAdi lepas balik kerja hari tu, aku terus bawa Sue ke klinik. Kasihan aku tengok dia, lembik. Nak berjalan pun aku kena papah.
Sampai di klinik, doktor periksa Sue. Dia tanyakan juga pada Sue kalau sudah lewat datang haid dan sebagainya. Aku cuma mendengar sahaja. Kemudian doktor minta Sue untuk ke tandas untuk buat ujian air kencing. Lim minit menunggu Sue, erdebar-debar dibuatnya. Risau aku kalau dia pengsan dalam toilet.
Selesai Sue buang air kecil, kami dipanggil masuk ke bilik doktor semula. Aku tengok doktor senyum aje. Bukan main manis doktor ni, namanya Adibah. Tapi tak adalah sampai boleh kalahkan cantiknya Sue. Doktor kata, “Puan lewat seminggu lebih dari tarikh yang sepatutnya datang haid. Kemudian Puan tak sedap badan, muntah-muntah. Puan tahu tak apa masalah Puan?”.
Sue menggelengkan kepalanya. Aku pun ikut sama. Berdebar-debar dibuatnya. Sakit teruk ke Sue ni, kalau penyakit bahaya takkan doktor senyum kan? Macam-macam perkara bermain dalam kepala aku ni.
“Tahniah. Puan akan jadi ibu. Puan mengandung ni. Kalau ikut perkiraan saya dalam lima minggu. Tahniah pada Encik juga.” Ya Allah, Engkau Tuhan Maha Besar. Aku dan Sue tak tahu apa nak cakap. Hanya tangisan Sue kedengaran. Betapa gembiranya hati kami. Doktor sempat pesan pada Sue untuk jaga diri dan jangan buat kerja-kerja berat.
2 Bulan Lagi Akan Bersalin
Sejak hari tu, memang aku tak bagi Sue buat kerja berat. Kami hentikan sementara bisnes Sue. Hanya aku yang bekerja. Itu pun Sue tetap berkeras untuk masak. Aku tengok keadaan dia semakin elok, jadi aku benarkan dia memasak.
Mengemas rumah semuanya aku yang buat. Aku dah menunggu 10 tahun, aku takkan sia-siakan Sue dan bayi yang sedang dia kandungkan itu. Aku tengok Sue semakin comel dan berseri-seri. Sesungguhnya aku bersyukur.
Sekarang kandungan Sue dah masuk tujuh bulan. Kami dah selesai buat persiapan untuk menyambut kelahiran anak kami. Sue semakin kuat dan selera makan pun dah ada. Memandangkan sekarang tempoh PKP dan aku pun bekerja dari rumah, dapatlah aku jaga Sue dengan sebaiknya.
Aku mohon doa dari kalian semua. Doakan kandungan Sue sihat. Doakan Sue terus kuat. Doakan setiap urusan kami sekeluarga dipermudahkan. Untuk para suami yang masih menanti zuriat, banyakkan berdoa.
Jangan sakiti hati isteri, jagalah perasaan mereka sebaiknya. Mohonlah pada Yang Kuasa, hanya Dia yang mampu menghadiahkan sebaik-baik anugerah kepada kita. Ingat, sayangilah isterimu dan mintalah yang baik-baik pada-Nya.
Sekiranya anda berminat untuk berkongsi sebarang cerita atau pengalaman dengan Pa&Ma, sila klik KONGSI CERITA.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source