Kenapa nak ulas? Tengok suami kita, jangan sibuk rumah tangga orang
“Kenapa nak ulas?”soal usahawan yang juga pengasas produk kecantikan, Madammu kepada netizen ketika bersiaran langsung di TikTok.
Madammu atau nama lengkapnya Erica Baiduri tampil bersuara apabila diminta untuk mengulas mengenai perceraian pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura yang sedang hangat menjadi bualan di media sosial.
Kenapa nak ulas?
Menerusi hantaran video dikongsikan seorang pengguna TikTok, Madammu meminta netizen berhenti untuk masuk campur akan urusan rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Tegasnya, adalah tidak bagus bagi dirinya atau mana-mana pihak tidak terlibat secara langsung untuk mengulas perihal rumah tangga seseorang.
“Itu kan rumah tangga dia, kenapa kita nak ulas hal rumah tangga orang lagi-lagi tentang perceraian.
“Itu adalah cerita tak bagus, siapa yang nakkan perceraian. Semua orang tak nak perceraian,”katanya.
Hati-hati bila bercakap, umpama doa untuk diri kita
Dalam pada itu, Madammu juga berharap agar para pasangan selebriti berkenaan tidak terlalu keterlaluan dalam hal tersebut.
Jelasnya, orang luar tidak mengetahui apa yang dialami oleh suami isteri tersebut, sebaliknya mendoakan yang terbaik dan bukannya menjadi batu api.
“Itu kan kasut mereka, kita tak pakai pun kasut mereka. Kita tak tahu pun apa yang mereka lalui, kita hanya tengok dari luar je.
“Sebagai peminat Fattah dan Fazura, jangan lah bila Fazura dah jelaskan kemudian korang pergi bergosip dengan orang lain. Kita tak tahu apa yang akan kita lalui nanti.
“Sudahlah, berhentilah. Tak baik. Jangan terlampau alpa, ghairah sangat dengan kesedihan orang.
“Kita pun ada keluarga, ada suami. Tengok suami kita, jangan sibuk rumah tangga orang,”nasihatnya.
Artikel lain: Rumah tangga pernah bergelora, Shahida syukur jodoh dengan Aliff Syukri masih panjang
Semalam, pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura sah bercerai talak satu dan lafaz berkenaan dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Sekadar info, mereka mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.
Sumber: TikTok @_miraa…_
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source