Ramai rakan artis tampil ‘backup’, netizen tanya solidariti untuk Fattah Amin ke?
Sejak isu penceraian melibatkan pelakon, Fattah Amin dan Fazura, ramai rakan artis yang tampil mengulas isu tersebut lebih-lebih lagi selepas tular beberapa punca yang dikatakan menjadi penyebab perpisahan mereka.
Bukan hanya peminat kedua-dua selebriti itu sahaja yang sedih dengan penceraian berkenaan, tetapi rakan-rakan dalam industri seni turut menyuarakan pandangan mereka.
Ramai sedih dengan perpisahan Fattah & Fazura
Namun begitu, apa yang menjadi perhatian netizen adalah tindakan ramai rakan artis yang tampil menyokong dan mendedahkan sikap sebenar Fattah Amin sepanjang perkenalan mereka.
Ramai rakan artis sokong Fattah
Kebanyakan daripada mereka memaklumkan bahawa aktor tersebut merupakan seorang yang profesional dan sentiasa menjaga batas terutama dengan wanita lain di set pengambaran.
Hal ini dinyatakan pengarah dan juga pelakon, Pekin Ibrahim apabila mendedahkan bahawa Fattah jarang bercakap tentang isu peribadi kepada orang lain dan kerap mendengar bahawa dia meluahkan rasa rindu terhadap isteri serta anak sewaktu mereka menjalani pengambaran yang memakan waktu lama.
Ramai rakan artis tampil dedah sikap sebenar Fattah
Menerusi hantaran yang dibuat oleh pengguna X dikenali sebagai Azlil Adzif, dia telah memuat naik beberapa tangkapan layar posting yang dibuat rakan-rakan artis yang menyokong Fattah Amin.
Jenis tak campur dengan artis2 wanita
Ada yang beri nasihat kepada Fazura juga
Terdapat juga rakan artis yang memberikan nasihat kepada Fazura dan memintanya untuk diam sahaja daripada terus membuka aib bapa kepada anak mereka, Fatima Aisya.
Kena suruh diam?
Artikel lain: Curang 1 tuduhan berat, Pekin dedah Fattah Amin kerap luah rindu ke isteri & anak
Risau nak percaya mana2, kita tunggu & lihat sajalah
Perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata juga pelik dengan situasi tersebut namun memilih untuk tidak terlalu bersungguh-sungguh dalam menyokong mana-mana pihak.
Ujar mereka, tidak semua yang kita lihat dan ketahui itu adalah hal sebenar disebalik kisah penceraian mereka.
Lebih elok kita sama-sama mendoakan yang terbaik buat dua selebriti tersebut kerana mereka lebih mengetahui hal sebenar dalam rumah tangga.
Tak perlu beriya backup kot
Jangan esok lusa mereka pula pergi mahkamah
Sekadar info, Fattah Amin dan Fazura telah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Beberapa pendedahan berkenaan punca mereka berpisah telah menjadi bualan apabila ada dakwaan Fattah berlaku curang serta mengabaikan nafkah anak dan isteri.
Walau bagaimanapun, perkara tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh Fattah Amin dan memaklumkan tuduhan berkenaan sebagai satu bentuk tomahan yang ingin mencemarkan nama baiknya.
Sumber: X AzliAdzif
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source