Suami Hadap Alahan Isteri Hamil, Pokok Limau Jadi Tempat Lepak Hilang Loya!
Didikan ibu dan ayah membentuk peribadi seorang anak. Jika baik teladan yang ditunjukkan, maka anak akan membesar menjadi insan yang cemerlang. Begitulah sebaliknya. Peranan ibu ayah bukanlah mudah, untuk mendidik dan membesarkan anak-anak tanpa merosakkan ‘kain putih’ dengan corak yang hodoh sangat mencabar.
Seperti yang dikongsikan oleh wanita ini, bagaimana dia mengagumi seorang ibu (jirannya di kampung) yang membesarkan anak-anaknya walaupun tanpa suami di sisi.
Assalamualaikum. Mohon admin siarkan cerita ni. Diceritakan oleh emak pada saya, tentang jiran kami di kampung. Saya gelarkan dia sebagai Cik Non.
Cik Non ni walaupun usia dah meningkat, tapi dia masih sihat. Masih boleh berkebun, ligatlah orang kata. Jenis rajin tak boleh duduk diam. Suami dia dah lama meninggal, jadi dia duduk di kampung dengan anak bongsu dia. Anak bongsu dia tahun ni genaplah usia 21 tahun. Kakak dan abang dia yang lain semuanya dah berkeluarga.
Pengakuan Lain: [“Ibu Tak Sayang, Asyik Pukul Kita.” Isteri Lepas Geram Pada Anak Sebab Suami Pemalas]
Suami Meninggal Dunia Ketika Memancing
Cik Non ni baik orangnya. Saya boleh katakan dia layak dapat anugerah ibu mithali. Waktu suami dia meninggal dunia, anak bongsu dia masih dalam perut. Waktu tu pergi memancing, kebetulan ombak besar tak dijangka. Suaminya meninggal dunia waktu itu. Saya ingat lagi, waktu urusan pengebumian jenazah ramai orang kampung yang datang.
Rupa-rupanya ibu saya cakap, arwah suami Cik Non orangnya baik-baik. Suka bantu orang. Jenis tak berkira dan tak pandai nak mengata buruk tentang orang lain. Sebab tulah, ramai yang datang untuk mengiringi pemergian dia. Cik Non tak menangis pun, dia tenang je.
Saya waktu kecil lagi, jadi saya ingatkan dia tak sayang arwah suami dia. Naif betul. Padahal Cik Non reda dengan ketentuan Allah SWT. Anak-anak Cik Non semuanya menangis panggil ayah dorang. Sedih waktu tu.
Kerja Kedai Runcit, Hantar Kuih Ke Warung
Anak-anak Cik Non semuanya 6 orang. Bayangkan, sebelum ni Cik Non duduk rumah jaga anak dan uruskan rumah tangga. Bila suami dia dah meninggal, terpaksalah dia bekerja untuk menampung keluarga. Macam-macam kerja dia buat.
Tengah mengandung anak bongsu waktu tu dalam 6 bulan. Dia ambil upah kerja di kedai runcit. Saya tahu Haji Derus kesian tengok Cik Non sebab tu gajikan dia untuk jaga kedai. Pagi-pagi sebelum ke kedai, Cik Non buat kuih dan nasi lemak. Dia hantar ke warung kat kampung kami tu. Dia punya sambal, memang sedap. Emak saya pun gagal buat sambal sesedap tu!
Saya seronok tengok orang kampung, semuanya nak bantu keluarga Cik Non. Semua bantu dia. Orang surau pun hantar bekalan barangan dapur pada keluarga Cik Non. Memang satu kampung sayangkan keluarga dia.
Tak Pernah Marah Anak
Satu yang bagusnya Cik Non ni, cara dia didik anak-anak dia. Sepanjang saya berjiran dengan dia, sekali pun saya tak pernah dengar dia marah anak dia. Yelah, duduk kampung kan. Standard lah kalau suara mak macam petir marahkan anak. Satu kampung boleh dengar. Tapi kalau suara Cik Non memang tak pernah sekuat tu. Pelik kan?
Saya berkawan dengan anak-anak Cik Non, tapi yang paling rapat dengan saya anak keempat dia. Namanya Ulin. Saya tanya juga dengan Ulin, “Eh, mak kau tak pernah marah ya? Aku tak pernah dengar mak kau marah-marah.” Ulin cuma beritahu saya, tak perlu marah. Emak dia ada ‘senjata’ rahsia nak ajar anak-anak. Waktu tu saya fikir rotan. Dalam hati terus kata, garang jugalah rupanya Cik Non ni.
Anak-anak Cik Non ni, tak nakal langsung. Biasalah setakat sikit-sikit. Tapi tak pernah lah sampai masuk kategori yang kena sound dengan emak ayah orang lain. Dorang semua ni tertib, tak suka masuk campur hal orang. Kalau bermain pun dekat-dekat je. Sebab tu agakya belajar panai. Anak-anak Cik Non semuanya kerja bagus-bagus sekarang. Anak bongsu dia tu pun duduk kampung sebab nak jaga Cik Non, tapi ligat buat bisnes online. Pandai buat duit.
Emak Bongkar Rahsia
Bila dah besar sikit ni, saya pun dah jadi seorang ibu. Anak baru dua, tapi hari-hari jadi singa. Suatu hari tu, emak panggil saya. Dia kata ada benda dia nak ceritakan pada saya. Kebetulan waktu tu saya balik kampung.
Saya duduk dengan emak. Emak kata, dia nak cerita tentang Cik Non. Saya berdebar-debarlah. Apa agaknya yang emak saya nak ceritakan ni. Rupa-rupanya emak nak beritahu apa rahsia Cik Non sebab dia dapat didik anak-anak dia dengan baik.
Pertama, emak kata dia rajin bangun malam. Macam mana emak tahu? Sebab emak pun rajin pun buat perkara yang sama. Emak kata, kalau Cik Non bangun malam, boleh sampai ralit emak dengar Cik Non mengaji. Memang merdu suara Cik Non.
Kedua, dia tak pernah tinggi suara pada anak-anak. Tapi dia banyak gunakan kisah Nabi sebagai teladan bila nak didik anak-anak dia. Sebut aje kisah Nabi yang mana, semua anak-anak dia tahu. Dan Cik Non suka cerita kebaikan Rasulullah SAW pada anak-anak dia.
Ketiga, Cik Non selalu doakan anak-anak dia. Yang ini, Cik Non memang share dengan emak. Dia selalu doa. Dan doa tu dia selalu bacakan kuat-kuat depan anak dia. Saja dia nak anak-anak dia dengar apa yang dia doakan. Bila selalu emak dia sebut, lama-lama anak dia pun ikut doa tu. Contohnya Cik Non doakan anak dia jadi anak yang soleh, suka pergi surau. Memang itulah yang jadi, anak-anak Cik Non semuanya suka berjemaah di surau terutamanya yang lelaki.
Keempat, Cik Non akan rotan anak-anak dia. Guna rotan dan dia hanta sebat di tapak kaki. Itu pun lepas dia dah tak marah. Dia akan panggil anak yang buat salah tadi dan explain kenapa benda yang diuat tu salah. Bila nak rotan, Cik Non akan minta izin dulu. Lebih kurang macam ni, “Kamu dah faham kan, apa salah kamu? Sebab itu emak marah. Jadi, boleh izinkan emak rotan kamu supaya jadi pengajaran?”.
Kelima, Cik Non tak pernah menghukum tanpa usul periksa. Dia kan jadi pendengar yang baik. Dia akan bertanya sebelum marah. Dia tak suka menuduh anak-anaknya. Cik Non ni dengan anak-anak macam bersahabat. Baik yang lelaki atau yang perempuan semua suka bersembang dengan dia. Akan kongsi masalah dengan dia.
Pengakuan Lain: [“Syukur Dipinjamkan Kebahagiaan Di Dunia.” Isteri Hargai Kebaikan Suami & Keluarga Mertua]
Itulah dia Cik Non. Seorang ibu yang aku rasakan cukup baik. Walaupun suaminya dah tak ada, tapi dia berjaya besarkan anak-anak dengan bagus sekali. Dengan menantu-menantu dia pun, tak pernah berkira atau pilih kasih. Semua dilayan sama rata.
Bila aku dengar cerita emak ni, aku kagum sangat dengan dia. Tak menyesal aku jadi menantu Cik Non, tak sia-sia aku bersuamikan anak dia. Serius, aku bertuah dapat dua orang emak yang aku rasa cukup sempurna. Emak kandung aku dan ibu mertua aku, dua-duanya aku sayang sampai ke Jannah. Demi Allah SWT, aku sayangkan mereka.
Bagi anda yang mempunyai sebarang cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan bersama kami, klik KONGSI CERITA.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source