Ku Adib tak pernah tinggal solat, sentiasa baca al-Quran, akan jadi imam
Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mahu dikenali Ahmad memberitahu arwah Ku Adib tak pernah tinggal solat dan disayangi semua rakan.
Memetik laporan BH Online, Ahmad, 20, memberitahu dia rapat dengan Ku Adib Aizad Ku Azmi sejak mereka tinggal sebilik di tahun pertama.
Ku Adib tak pernah tinggal solat
Kongsi pelajar berasal dari Temerloh Pahang, Ku Adib juga akan menjadi imam sekiranya mereka tidak sempat solat berjemaah di masjid.
“Dia tak pernah tinggal solat, pandai baca al-Quran dan disayangi semua rakan.
“Dia sentiasa membaca al-Quran. Kalau kami tidak sempat berjemaah di masjid, kami berdua akan solat dalam bilik dan dia menjadi imam.
“Sebaik memasuki semester ketiga 6 Oktober lalu, kami sudah tidak tinggal sebilik namun kami sentiasa berhubung,” katanya.
Artikel lain: Anak maut dirempuh SUV, ibu bapa patah balik dari umrah demi tatap wajah arwah
Ahmad berkata, mereka berjumpa buat kali terakhir pada tengah hari semalam dan memaklumkan ibu bapanya dalam perjalanan menunaikan umrah.
“Dia (Ku Adib) langsung tidak menunjukkan sebarang perbuatan pelik dan saya sungguh terkejut bila mendapat khabar dia terbabit dalam kemalangan malam tadi,”ujarnya.
Ku Adib Aizab merupakan anak kepada Penolong Pengarang Berita BH, Hafizah Iszahanid manakala bapanya, Ku Azmi Saad adalah kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB), sebuah syarikat di bawah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).
Difahamkan, Hafizah dan Ku Azmi dalam perjalanan ke Makkah untuk mengerjakan umrah menerusi program umrah dan Ziarah 2024, Media Prima Bhd membabitkan 127 peserta daripada kalangan kakitangan dan ahli keluarga ketika insiden itu berlaku.
Khairil Anwar hadiahkan ibu emas
Sementara itu, bapa kepada seorang lagi mangsa maut dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan SUV semalam, Jamaludin Hussin, 53, berkata anaknya Khairil Anwar, 20, menghabiskan cuti semester dengan bekerja di sebuah pasar raya di Ampang.
Hasil pendapatan diperoleh, anaknya menghadiahkan emas kepada ibunya, Norma Mohamed, 52.
“Saya dan isteri agak terkejut bila dia berikan emas terbabit dan tidak sangka itu adalah pemberian terakhir darinya,” katanya.
Ujarnya lagi, sebelum kemalangan, arwah anak bongsunya juga sempat berkongsi video masakan kepada ibunya.
“Dia memang pandai memasak di kampus sebagai berjimat cermat dan dia hantar video buat nasi goreng kepada ibunya petang semalam,”kongsi Jamaludin Hussin.
Selain Khairil Anwar dan Ku Adib Aizat, seorang lagi pelajar Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, turut terbunuh dalam kemalangan itu.
Malam tadi, tiga penuntut UiTM maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal yang mereka tunggang dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan SUV di hadapan universiti itu di Kampung Sura Hujung.
Sumber: BH Online (Rosli Ilham)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source