Rosyam Nor bengang individu sebar fitnah, konon bagi nasihat pedas buat Fattah Amin
Selebriti terkenal, Datuk Rosyam Nor bengang individu sebar fitnah dan kenyataan palsu berkaitan dirinya buat aktor Fattah Amin yang baru sahaja bercerai dengan Nur Fazura.
Menerusi perkongsian itu tertulis kenyataan seolah-olah aktor berkenaan pernah menasihati pelakon Fattah Amin sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
“Fattah patut tahu dari awal dengan siapa dia nikah. Aku dah tegur dulu – Rosyam Nor,” tulis wanita itu yang membuat tuduhan terhadap Rosyam pada hantaran yang telah pun dipadamkan.
Rosyam Nor bengang individu sebar fitnah
Menurut Rosyam, hal seperti itu telah mencalarkan nama baiknya dan dia tidak teragak-agak untuk membawa kes berkenaan ke muka pengadilan.
“Korang tunggu. Aku seret korang pergi mahkamah.
“Buat fitnah dan aibkan orang,” tulisnya.
Artikel lain: Nampak sugul, netizen sebak Fattah Amin masih pakai cincin kahwin
Katanya lagi, dia kini sedang berbincang dengan peguam dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berikutan fitnah yang tersebar.
Seret je!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan tersebut dan berharap agar hal seperti ini dapat menjadi pengajaran buat semua pihak.
Terdahulu, pasangan selebriti Fattah dan Fazura telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Isnin.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.
Sumber: Instagram Rosyam Nor
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source