Remy Ampang mengaku salah, minta hentikan kecaman dan sambung semula ukhwah
Penganjur Honda Day Malaysia 2024, Remy Ampang mengaku salah atas kekhilafannya sepanjang mengendalikan acara tersebut pada 5 Oktober lalu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Remy di laman Facebooknya, dia meminta kepada semua orang untuk menghentikan perbalahan di media sosial berkaitan hadiah ‘lucky draw’ yang ditajanya dalam acara itu.
Kata Remy, dia dan pasukannya mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku dan akan memperbaiki segala kekurangan pada masa akan datang.
Remy Ampang mengaku salah
Artikel lain: Pemenang ketiga Honda Day pula dakwa dianiaya, belum terima surat enjin K24 Type R
“Saya dan krew Honda Day Malaysia 2024 mengakui kesilapan kami sebagai penganjur acara yang sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan segala hal yang berkaitan agar berjalan lancar dan sempurna termasuklah hadiah yang ditaja.
“Dengan ini, saya menghentikan segala sengketa sesama kita sampai setakat ini sahaja, dan menyambung kembali ukhwah sebagai sahabat dan keluarga dalam dunia permotoran.
“Kami akan mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang terjadi, dan akan berusaha untuk memperbaiki segala khilaf dan kekurangan pada masa akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, Remy memohon maaf berhubung isu terbabit selain berharap orang ramai terus memberi sokongan terhadap pasukannya untuk acara-acara yang akan datang.
Remy Ampang mengaku salah
“Akhir sekali, saya dan krew Honda Day Malaysia 2024 memohon maaf kepada semua pihak atas apa yang telah berlaku.
“Mohon kita semua sebagai satu keluarga, rakyat Malaysia untuk menghentikan segala kecaman sesama kita, dapat terus bersatu padu demi membersihkan dan menaikkan kembali nama baik keluarga Honda.
“Saya menyusun sepuluh jari memohon semua untuk terus sokong kami selepas ini untuk acara-acara yang akan datang,” ujarnya lagi.
Terdahulu, pihak penganjur Honda Day 2024 telah menggantikan kereta Honda Accord SM4 kepada BMW F30 untuk pemenang ‘lucky draw’ selepas teruk dikecam netizen.
Bagaimanapun, isu itu bertambah hangat apabila SCRUT mendakwa kereta BMW F30 tersebut mempunyai dua rekod kemalangan ‘high severity’.
Bahkan, pemenang ‘lucky draw’ ditempat ketiga yang menerima hadiah berbentuk enjin K24 Type R mendakwa dia telah dianiaya kerana masih belum menerima surat enjin daripada pihak penganjur.
Pun begitu, hasil tinjauan Oh My Media mendapati, Remy Ampang telah menukarkan laman Facebooknya daripada umum kepada privasi.
Sumber: Facebook @Remy Ampang
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source