Wanita rempuh penuntut UiTM sehingga ragut nyawa tiada rekod terima rawatan mental
Seorang wanita rempuh penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) sehingga tiga daripada mereka meninggal dunia pada Rabu lepas didapati tiada rekod terima rawatan mental.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, berdasarkan semakana dibuat mendapati wanita berkenaan tidak pernah menerima rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan negeri berkenaan setakat ini.
Wanita rempuh penuntut tiada rekod terima rawatan
Bagaimanapun, pihaknya tidak dapat mengenal pasti sama ada wanita terbabit ada mendapat rawatan kesihatan mental di negeri lain.
Dr Kasemani turut menasihatkan mana-mana ahli keluarga yang berkemungkinan menghidapi penyakit mental supaya tampil menghantar individu terbabit mendapatkan rawatan lanjut.
“Jangan malu untuk datang mendapatkan rawatan kesihatan mental. Malah masyarakat kita perlu ubah persepsi mengenai penyakit mental ini.
“Kita juga seharusnya memberi sokongan kepada mereka untuk mendapat rawatan sewajarnya supaya menjadi lebih baik pada masa hadapan,”ujar beliau.
Artikel lain: Langgar 4 pelajar UiTM Dungun, beberapa video wanita dipercayai kurang siuman tular
Terdahulu, 3 pelajar iaitu Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dari Muar, Johor; Ku Adib Ku Azmi, 20, dari Sungai Buloh, Selangor dan Khairil Anwar Jamaludin, 20, dari Ampang, Selangor.yang baru seminggu mendaftar ke UiTM Dungun dilaporkan meninggal dunia selepas dirempuh SUV yang dipandu wanita terbabit.
Seorang lagi, Muhammad Amar Danish Mohammad Ridhuan, 20, dari Kuala Lumpur mengalami cedera di pinggang dan sedang dirawat di Hospital Dungun.
Susulan itu, suri rumah anak tiga berkenaan telah ditahan reman empat hari bermula Khamis dan dipercayai mengalami masalah mental.
Sumber: Sinar Harian (NurFardlina Izzati Moktar)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source