‘Dijodoh-jodohkan’ peminat dengan Fattah Amin, Cik Epal tak tolak -“Onz je”
Pempengaruh terkenal yang baru sahaja berpisah dengan suami, Cik Epal tak tolak apabila ‘dijodoh-jodohkan’ dengan aktor kacak, Fattah Amin selepas mendapat pelbagai komen dari peminat yang menyokong jika mereka berdua menjalinkan hubungan di masa hadapan.
Cik Epal tak tolak, promote diri pandai masak kuey teow goreng
Menerusi Insta Story Cik Epal, dia telah memberi respon berhubung satu soalan yang diajukan oleh netizen sama ada dia berminat ataupun tidak jika Fattah Amin ingin mengenali hati budinya.
Menerusi balasan tersebut, pempengaruh berkenaan menyatakan yang dia bersedia dan turut memberitahu bahawa dirinya pandai memasak kuey teow goreng wagyu.
“Onz je. Lebih daripada senduk nasi aku boleh buat.
“Aku pandai masak kuey teow goreng wagyu,” tulisnya.
Cik Epal tak tolak, peminat sertakan hashtag #FACE
Susulan daripada itu, ramai netizen mulai terhibur dengan balasan-balasan dari Cik Epal dan turut menyertakan hashtag #FACE merujuk kepada gabungan nama Fattah Amin dan Cik Epal sebagai tanda menyokong jika mereka berdua bersama.
Artikel lain: “Aku sah bercerai dengan dia” -Cik Epal dedah telah berpisah dengan Jofliam
Terdahulu, kontroversi melibatkan perkahwinan Cik Epal dan usahawan, Jofliam menjadi perhatian umum apabila bekas suaminya membuat kenyataan berhubung rumah tangga mereka yang sedang berada di hujung tanduk.
Pelbagai spekulasi muncul termasuklah dakwaan ada kewujudan orang ketiga dalam perkahwinan mereka sehingga pempengaruh itu mengesahkan bahawa mereka telah rasmi berpisah pada 9 Oktober 2024.
Manakala, aktor, Fattah Amin telah berpisah dengan selebriti ternama, Fazura pada 7 Oktober lalu selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Sumber: Instagram cikepal06
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source