Fattah Amin buat live TikTok, terima lebih 20 juta likes dengan 50,000 tontonan!
Aktor terkenal, Fattah Amin buat live TikTok pertama kali selepas kontroversi penceraiannya dengan selebriti popular, Fazura telah mendapat perhatian ramai sehingga viewers mencanak naik.
Difahamkan, siaran langsung tersebut dibuat di akaun rasmi miliknya, fattahamin dengan ditonton puluhan ribu viewers termasuklah pengikutnya.
Fattah Amin buat live TikTok, dapat banyak gift
Menerusi rakaman video siaran langsung tersebut, pemilik nama sebenar, Abdul Fattah bin Amin itu terdapat lebih daripada 20 juta likes diterima sepanjang live berkenaan sehingga dia juga seakan terkejut dengan hal tersebut.
Menurut Fattah, dia mengakui bahawa dirinya serta team yang berada di belakang tabir siaran langsung tersebut kurang mahir dalam mengendalikan live TikTok berkenaan.
Namun, tetap mengucapkan terima kasih diatas gift dan komen yang diberi serta berjanji akan memanggil ‘team’ yang betul untuk live seterusnya.
Semua di sini tak tahu tentang live. Mungkin selepas ini akan panggil team yang betul. Terima kasih kepada semua yang memberi hadiah,” katanya.
Fattah Amin buat live TikTok, seloroh suruh tengok muka je sebab dah tak tahu nak cakap apa
Pelakon tersebut turut menerima pelbagai gift yang dipercayai bernilai tinggi jika ditukarkan kepada wang tunai daripada penonton dimana menganggap ia sebagai gift perkenalan.
Fattah juga sempat berseloroh meminta orang ramai menatap sahaja wajahnya kerana sudah tidak tahu hendak berkata apa kerana viewers ketika itu sangat tinggi namun dia sudah mahu menamatkan siaran langsung.
“Aku dah tak tahu nak cakap apa dah ni. Tak payah cakaplah, korang tengok jela muka ni,” ujarnya sambil tersenyum.
Artikel lain: Hensem luar biasa! Peminat puji wajah Fattah Amin mirip Jungkook BTS
Dapat banyak gift tapi tak tahu tu apa
Perkongsian rakaman live TikTok Fattah Amin itu telah dimuat naik semula oleh akaun peminat dikenali sebagai Anistaqwa dan mendapat pelbagai komen di ruangan tersebut.
Rata-rata mereka perasan bahawa sepanjang siaran langsung tersebut, pelakon itu menerima banyak gift dan turut merasakan bahawa dia seorang yang agak introvert susulan komunikasinya yang agak malu-malu serta sopan di live berkenaan.
Nampak sangat Fattah ni jenis introvert
Dapat paus, kereta api, belalai gajah pun dia tengok je
Teringat macam Dato Red mula2 dulu
Difahamkan, live tersebut dibuat sekadar untuk bersembang-sembang dengan peminat serta memberitahu bahawa bakal memulakan perniagaan tidak lama lagi dengan mejadikan TikTok sebagai salah satu platform perniagaannya nanti.
Sekadar info, Fattah Amin dan Fazura telah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024. Perpisahan mereka sememangnya menjadi perhatian ramai memandangkan pasangan berkenaan adalah favourite couple sesetengah peminat sepanjang tujuh tahun berumah tangga.
Sumber: TikTok anistaqwa
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source