Berpuluh ribu habiskan duit untuk kekasih, pemuda terkilan awek curang dengan lelaki lain
Seorang pemuda terkilan apabila kekasihnya berlaku curang dengan lelaki lain selepas lebih dua tahun jalin hubungan percintaan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pemuda itu di laman TikToknya, dapat dilihat dia merakam detik-detik kekasihnya itu bersama dengan lelaki lain di sebuah taman tema yang terletak di Shah Alam.
Kata pemuda itu lagi, dia sudah menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk wanita berkenaan namun, terkilan apabila pengorbanannya itu tidak dihargai sama sekali.
Pemuda terkilan
Artikel lain: Wanita menangis ‘burnout’, penat turun naik mahkamah urus tuntutan nafkah
“Dua tahun lebih tapi kalah dengan empat hari (masa lalunya). Duit habis berpuluh ribu, teman dari langsung tiada apa, dari tak ada kawan sampai ada semuanya tapi apa?
“Dari muka biasa sampai skincare dan treatment dibagi dan hujung-hujung bila dah lengkap semua tujuan, dibuang. Alasan tawar hati tapi begini kesudahannya?” katanya.
Pemuda terkilan
Lain kali jangan bercinta lama sangat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pemuda berkenaan namun, ada juga individu yang menitipkan nasihat supaya segera menghalalkan hubungan dengan kekasih dan jangan bercinta terlalu lama.
Ada individu kongsi pengalaman yang sama
Dalam pada itu, ramai yang berkongsi pengalaman pernah ditipu oleh bekas kekasih masing-masing dan berharap pemuda itu ditemukan dengan wanita yang baik kelak.
Sumber: TikTok @eyymalll
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source