Dipeluk kanak2 comel, Wan Sharmilla anggap hadiah istimewa di Masjid Nabawi
Pelakon drama, Wan Sharmilla anggap hadiah istimewa di Masjid Nabawi apabila tiba-tiba sahaja dirinya dihampiri oleh seorang kanak-kanak perempuan yang comel.
Menerusi hantaran Wan Sharmilla di Instagram, dia memaklumkan ketika itu baru sahaja selesai solat sunat dan kanak-kanak dipercayai berasal dari Pakistan datang memeluknya.
Wan Sharmilla anggap hadiah istimewa, kanak2 dari Pakistan datang peluk
Ujarnya, kanak-kanak dikenali sebagai Zaharah telah datang kepadanya dan meminta untuk dipeluk sambil tersenyum bahagia berada di dalam dakapan pelakon berkenaan.
“Hadiah istimewa hari ini di Masjid Nabawi. Adik comel nama dia Zaharah dari Pakistan ni suka kat saya kot. Lepas Lala habis solat sunat dia terus datang nak peluk. Allah,” tulisnya.
Artikel lain: Ini yang terakhir, Siti Rosmizah sahkan tiada lagi lanjutan 7 Hari Mencintaiku
Wan Sharmilla anggap hadiah istimewa, rasa bahagia sangat
Tambah pelakon itu, dia mengakui sangat bahagia ketika memeluk kanak-kanak berkenaan dan dapat merasai keikhlasannya apabila berada berdekatan.
Dia juga bersyukur kerana dapat melepas kerinduan serta rasa sayang lebih-lebih lagi apabila kanak-kanak tersebut turut mesra dengannya.
“…bahagianya rasa Allah datangkan budak comel untuk Lala lepaskan rasa sayang dan rindu.
“Bahagia itu apabila ada insan yang ikhlas dekat dengan kita. Dan bahagia itu apabila Lala dpt kenyammm budak bambam tu. Lol” katanya lagi.
Selamat hari lahir Lala
Perkongsian yang dibuat oleh Wan Sharmilla atau nama sebenarnya, Wan Sharmila binti Wan Muhamed, 43 telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing mengucapkan selamat hari lahir kepada pelakon tersebut memandangkan video berkenaan dimuat naik pada ulang tahun kelahirannya.
Mereka juga memuji kanak-kanak dari Pakistan itu kerana begitu comel dan tidak lokek dengan senyuman walaupun pertama kali bertemu dengan selebriti terbabit di Tanah Suci.
Comelnya dia! Memang geram nak peluk
Cara dia cium macam dah lama kenal
Tengok orang yang disukai kanak-kanak ni terasa bahagia betul sebab bukan senang mereka nak dekat dengan orang dewasa yang tak dikenali melainkan individu tersebut mempunyai aura yang positif serta penuh kasih sayang.
Sumber: Instagram lala.wansharmilla
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source