“Lebih baik kita menangis dalam Lambo” -Wanita akui memilih dalam mencari suami
Seorang wanita akui memilih dalam mencari suami apabila ditanya tentang perkahwinan bagi menjamin masa depan terutamanya jika sudah mempunyai anak.
Menerusi video yang tular dikongsikan akaun TikTok Opai Movement, wanita dikenali sebagai Tisya mengakui bahawa dia tidak memilih lelaki dalam menjadikan teman lelaki tetapi agak selektif dalam mencari bakal suami.
“Janji duit masuk”
Tisya yang diajukan soalan sama ada memilih lelaki yang ‘biasa-biasa’ namun duduk dirumah serta setiap ataupun lelaki yang kaya dan memberikan segalanya tetapi lebih ‘bebas’ diluar.
“Saya sebenarnya open minded. Kau nak buat apa, lantak engkaulah. Janji duit masuk.
“Lebih baik kita menangis dalam Lambo (Lamboghini) daripada menangis dalam kereta-kereta lain,” ujarnya.
Wanita akui memilih dalam mencari suami, kena fikir masa depan
Apabila ditanya tentang gaji yang sesuai untuk menjadi pasangannya, Tisya menegaskan dia seorang yang tidak memilih lelaki.
Namun, dia memaklumkan agar hati-hati dalam mencari suami kerana masa depan selepas berkahwin sangat penting terutamanya perbelanjaan lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai anak.
“Saya tak memilih lelaki. Saya tak pernah memilih lelaki, tapi untuk berkahwin sudah tentu kita kena memilih.
“Sebab kita kena fikir masa depan kita. Jadi, kalau kita memilih lelaki yang gaji tak mampu untuk zaman sekarang, tak kan kita tak nak memilih untuk lelaki gaji yang boleh survive untuk zaman sekarang,” katanya.
Wanita akui memilih dalam mencari suami, gaji RM10,000 belum tentu cukup
Walaupun pada awalnya dia tidak berani mendedahkan jumlah gaji yang cukup untuk menampung perbelanjaan sebulan dalam perkahwinan, namun Tisya mengakui bahawa RM10, 000 antara jumlah yang wajar.
Alasan wanita tersebut disertakan dengan alasan yang kukuh apabila menyentuh tentang perbelanjaan dalam keluarga terutama anak-anak yang pasti menelan jumlah tinggi di zaman sekarang.
“RM10,000 pun saya rasa tak cukup untuk zaman sekarang ni disebabkan kalau anak sorang pun kita nak hantar ke sana ke sini dah berapa kos. Kita nak travel…”
“Saya tak beli beg mahal pun saya tak ada masalah, cumanya untuk selesa kena lebih daripada itu,
“Kalau satu kerja tak dapat gaji sebanyak itu, mungkin kena buat dua tiga kerja lain,” jelasnya lagi.
Artikel lain: Doktor raih lebih RM60k sebulan buat ramai tergamam – “Wujud rupanya gaji macam ni”
Puluh ribu pun belum tentu cukup kalau tak bersyukur
Perkongsian video tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen di media sosial apabila menganggap apa yang dinyatakan oleh Tisya agak tidak sesuai.
Kebanyakan mereka menyatakan tidak semestinya hidup berumah tangga memerlukan pendapatan yang tinggi kerana apa yang paling penting adalah mencukupi segala hal serta rasa bersyukur terhadap apa yang diperoleh.
Ada yang kongsi pengalaman
Asalkan kau bahagia dunia akhirat
Apa-apa pun, setiap kenyataan yang dikeluarkan seseorang pasti ada alasan tersendiri. Besar pendapatan, besar jugalah perbelanjaan.
Sumber: TikTok Opai Movement
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source