Wanita menangis ‘burnout’, penat turun naik mahkamah urus tuntutan nafkah
Seorang wanita menangis kerana ‘burnout’ memandangkan terasa begitu penat disebabkan perlu turun naik mahkamah untuk menguruskan tuntutan nafkah.
Menerusi luahan yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai Nurin Alisa, dia telah memuat naik video sewaktu menangis di dalam kereta kerana berasa begitu sedih dan penat memandangkan perlu menguruskan tuntutan nafkah selepas bercerai yang tidak berkesudahan.
“Patutlah ramai orang give up“
Ujarnya, dia sudah sembilan bulan tidak mendapat apa-apa daripada pihak bekas suami dan merasakan urusan mahkamah begitu sulit disebabkan beberapa kekangan yang dihadapi ketika berurusan di sana.
“Patutlah ramai orang give up nak minta tuntutan nafkah, sebab macam ini.
“Dia suruh datang Isnin hingga Jumaat tapi masalahnya siapa je tak kerja. Aku ni dah tak ada cuti kau tahu tak. Aku dah cuti dua minggu sebab anak aku masuk hospital hari itu.
“Aku sumpah dah burnout gila, aku dah penat,” katanya.
Wanita menangis ‘burnout’, persoal banyak borang dah isi tapi masih belum selesai
Dalam pada itu, Nurin turut meluahkan rasa kesal terhadap bekas suaminya yang tidak bertanggungjawab dalam membayar nafkah anak-anak termasuklah merumitkkan keadaan sehingga dia terpaksa turun naik mahkamah bagi menyelesaikan segala urusan tuntutan.
“Kenapa kau nak suruh aku lalu mahkamah? Kenapa? Tak boleh ke kau mudahkan urusan aku?
“Dah berapa banyak borang dah aku isi, kau nampak tak?”katanya.
Wanita menangis ‘burnout’ akhirnya dapat perhatian YB dan pihak mahkamah
Ujar wanita itu lagi, dia memaklumkan sudah tidak mempunyai wang untuk membayar peguam bagi mengurus segala tuntutan dan mengakui sijil penceraian juga belum dapat dituntut sehingga sekarang.
Susulan penularan video tersebut, Nurin memaklumkan bahawa perkara berkenaan telah mendapat perhatian YB dan pihak mahkamah.
Artikel lain: “Suami wajib bayar hutang nafkah tertunggak sama ada sengaja atau tidak..” – UAI
Jelas Nurin, dia berjuang tentang isu ini bukan hanya untuk kepentingan dirinya sendiri, tetapi turut mewakili sebahagian wanita yang mungkin sedang melalui hal yang sama.
Jadi, dia berharap agar perkara berkaitan nafkah ini dapat diperketat supaya perjuangan wanita dalam mendapatkan hak anak-anak tidak sia-sia memandangkan perlu turun naik mahkamah demi menuntut nafkah dari pihak bekas suami.
Terima kasih kerana viralkan video ni
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berterima kasih kepada Nurin kerana menularkan isu tersebut sehingga mendapat perhatian pihak berkenaan agar urusan seperti itu dapat ditangani.
Ada juga di antara mereka yang mempunyai nasib hampir sama berkongsi cerita apa yang pernah dilalui sebelum ini dalam memastikan hak anak-anak diperoleh.
Yang pernah alami memang penat
Ada beberapa yang kongsi kisah hampir sama
Semoga para wanita yang sedang mengalami nasib sama terus kuat dalam memastikan hak yang diperjuangkan diperoleh dan kebajikan anak-anak kekal terus terjaga.
Sumber: TikTok Nurin Alisa
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source