Suami perlu contohi usaha Farid Kamil dalam pertahankan rumah tangga
Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial berkaitan berita penceraian rumah tangga dalam kalangan artis seperti Fattah Amin dan Fazura, Nora Danish dan Nedim, Emma Maembong dan Shazli serta beberapa pasangan selebriti lain.
Perpisahan antara pelakon Fattah dan Fazura memberi kesan yang mendalam buat para peminat yang mengharapkan mereka bersatu semula selepas bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.
Malah, ramai yang meminta aktor Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin dan semua lelaki yang bergelar suami untuk mencontohi pelakon Farid Kamil dalam mempertahankan rumah tangga ketika dilanda konflik.
Pertahankan rumah tangga
Artikel lain: Fazley Yaakob sah bercerai selepas 18 tahun berkahwin
Menerusi sebuah video tular di laman TikTok, netizen mengimbau semula kes penceraian antara Farid dengan isterinya, Diana Danielle yang berpisah pada 10 Ogos tahun lalu.
Dalam hantaran tersebut, dapat dilihat usaha Farid untuk memikat semula hati isterinya seperti membawa sejambak bunga ros dan sebentuk cincin di Mahkamah Syariah Subang Bestari.
Pertahankan rumah tangga
Netizen kagum usaha Farid
Usaha pelakon Anwar, The Untold Story itu dalam menyelamatkan rumah tangganya telah dikagumi netizen kerana Farid sanggup mengetepikan egonya untuk isteri tersayang.
Hasilnya, Farid dan Diana kembali rujuk semula pada 31 Ogos 2023 selepas berdepan dengan pelbagai ujian.
Harap Fattah, Fazura kembali bersatu
Dalam pada itu, ramai harapkan Fattah dapat memujuk semula hati bekas isterinya, Nur Fazura yang kini menjalani tempoh iddah demi kebaikan dan kebahagiaan keluarga.
Sumber: TikTok @dianagjimxi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source