Fila Amir disahkan hamil selepas 5 tahun jalani IVF, tiub fallopio juga pernah dibuang
Pempengaruh media sosial, Fila Amir disahkan hamil selepas 5 tahun menjalani persenyawaan in vitro (IVF) dan tiub fallopio juga pernah dibuang.
Menerusi video yang dikongsi Fila Amir dan suaminya, Adama, dia telah berkongsi momen sewaktu sedang bersedia untuk mendengar keputusan daripada pihak doktor selepas beberapa kali mencuba untuk mendapatkan cahaya mata.
Berdebar-debar tunggu keputusan
Dalam video berkenaan, Fila memaklumkan yang mereka berdua sedang berdebar-debar dan tidak henti untuk berdoa memandangkan sudah berusaha agar impian mereka dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
“Bismillah. Berdebar-debar. Hari yang kami tunggu-tunggu, excited dan nervous.
Dalam hati yakin InshaAllah Allah makbulkan doa kami kali ni, nak seronok tapi dalam masa yang sama, lowkey masih ada ‘trauma’ dari kegagalan yg lepas.
“Takuuttt tapi excited nak dengar apa yang keluar dari mulut Doctor. Habis segala doa dibaca. Tapi kami bertawakkal kepada Allah dengan segala apa pun,” ujarnya.
Fila Amir disahkan hamil, bersyukur doa dimakbulkan
Selepas mendapat berita bahawa proses IVF yang dijalankan mereka berjaya, Fila serta Adama dilihat begitu gembira dan sebak kerana akhirnya mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Alhamdulillah ya Allah dengan rezeki yang diberi. Doakan yang baik-baik untuk kami selalu InshaAllah. Terima kasih yg selalu doakan juga,” katanya.
Artikel lain: Fila Amir gembira ikut suami sedekah al-Quran buat anak2 tahfiz di Guinea
Fila Amir disahkan hamil, ramai tumpang bahagia
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut kerana bakal memperoleh zuriat sendiri selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga dan mengetahui pelbagai cabaran dilalui oleh mereka dalam proses untuk mendapatkan cahaya mata.
Mereka juga turut memberi beberapa nasihat kepada Fila termasuklah mendoakan agar segala urusan pasangan tersebut dipermudah sehingga proses bersalin kelak.
Minta Fila jaga diri elok2
Ramai sebak dengar berita gembira ni
Sekadar info, Fila atau nama sebenarnya, Nurafilah Amir Rusdi telah mendirikan rumah tangga dengan Adama Mohamed Camara yang berasal dari Guinea.
Pasangan tersebut kerap berkongsi momen sewaktu berada di negara kelahiran Adama yang pastinya sangat mencuri tumpuan warganet memandangkan Fila diterima baik di sana.
Sumber: TikTok FILA & ADAMA
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source