Cukup! Gadis berang asyik diganggu lelaki ketika berjalan
Tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang gadis berang asyik diganggu lelaki ketika berjalan dengan bunyi-bunyian mengurat atau ‘catcalling’.
Menerusi satu hantaran di X, atiquh telah memuat naik satu video memaparkan dirinya sedang memarahi dua orang lelaki yang dipercayai telah menganggunya.
Gadis berang asyik diganggu lelaki ketika berjalan
Menurut gadis pada ruangan kapsyen, diganggu dengan ‘catcalling’ sudah seringkali berlaku ke atas dirinya sehingga menyebabkan dia hilang sabar.
“Akhirnya saya dapat tangkap lelaki-lelaki seperti ini. Benda ni sangat kerap berlaku dan dah cukup rasanya untuk orang fikir ‘catcalling’ ni dibolehkan untuk ganggu wanita,” katanya.
Pada video tersebut, meluahkan rasa berangnya terhadap lelaki berbaju merah namun individu tersebut menafikan dia telah memanggil gadis tersebut.
Selalu kena catcall, gadis berang asyik diganggu lelaki
Lelaki berbaju merah kemudian memanggil rakannya yang berbaju hitam untuk memberikan penjelasan kepada gadis tersebut berkenaan gangguannya.
Namun, apa yang membuatkan lelaki berbaju merah tidak berpuas hati terhadap gadis tersebut adalah apabila dia dikatakan membawa ‘perangai kampung’ ke bandar.
“Kau panggil saya kan? Macam ni la kau, kau datang dari kampung lepastu kau datang sini, kau bawa perangai kampung,” katanya.
Bagaimanapun, lelaki berbaju merah menegaskan dia tidak menganggu gadis tersebut dan menjelaskan rakannya yang berbaju hitam itulah yang memanggil gadis itu.
“Dia yang panggil, bukan saya. Kenapa tuduh macam tu? Ni dia depan-depan, kenapa saya yang kena?” persoal lelaki berbaju merah.
Kemudian berlaku pertengkaran mulut antara gadis tersebut dan lelaki berbaju merah sebelum lelaki berbaju hitam cuba meleraikan pergaduhan itu dengan memohon maaf.
Lelaki berbaju hitam itu akui dia telah menganggu gadis tersebut dengan ‘catcalling’ dan dia memohon maaf jika perkara itu menyinggung perasaan gadis itu.
“Dah akak, kalau ada salah silap saya minta maaf. Saya mengaku, saya panggil,” kata lelaki berbaju hitam sambil cuba meredakan kemarahan rakannya.
Gadis berang asyik diganggu, luah ketidakpuasan hati
Bagaimanapun, pertengkaran itu masih tidak dileraikan kerana lelaki berbaju merah itu tetap berasa tidak puas hati kerana dia digelar ‘kampung’.
Sementara itu, gadis tersebut menjelaskan lebih lanjut pada ruangan komen bahawa dia seringkali menjadi mangsa ‘catcalling’ oleh pemandu motorsikal atau pemandu lori.
Pada masa yang sama, wanita itu turut menegaskan dia diganggu bukan disebabkan pakaiannya kerana dia seringkali memakai baju yang sopan disamping memaparkan jenis baju yang dia pakai.
Artikel lain: Tetamu hanya mampu geleng kepala, terima kejutan penari gelek di atas pelamin
Gadis itu juga meminta agar semua individu tak kira lelaki mahupun perempuan yang suka menganggu orang lain dengan ‘catcalling’ untuk berhenti kerana ia memalukan.
Gadis berang asyik diganggu walaupun berpakaian sopan
Menjengah ke ruangan komen, walaupun ramai yang menyokong tindakan gadis tersebut, namun mereka turut berpendapat gadis itu juga salah kerana memarahi individu yang salah.
Gadis berang asyik diganggu, awak buat benda yang betul
Pendapat saya, tegur elok2. Jangan menghina
Awak pun kena ada rasa bersalah
Saya bangga dengan keberanian awak, tapi ni nampaknya ada salah faham
Bagaimanapun, terdapat juga yang terus meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan gadis tersebut yang memarahi lelaki berbaju merah tanpa usul periksa.
Dah salahkan orang yang salah lepastu nak terpaling betul
Kenapa terus serang orang yang salah?
Dah betul niat tu nak menegur orang, tapi tak bolehlah terus marah orang yang salah sedangkan yang buat tu dah mengaku…..
Sumber: X atiquh
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source