Kerajaan peruntuk RM21.2 bilion untuk pertahanan negara
Kerajaan memberi peruntukan RM21.2 bilion kepada Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, meningkat RM1.4 bilion berbanding tahun ini.
Kerajaan peruntuk RM21.2 bilion untuk pertahanan negara
Anwar berkata, kerajaan akan terus memastikan kesiagaan penuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan RM5.8 bilion dikhususkan untuk kerja-kerja senggara dan pembaikan serta perolehan aset-aset ketenteraan baharu, di bawah pimpinan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
“Bagi memanfaatkan kontrak senggara, program baharu PROTEGE – Veteran akan diperkenalkan khusus untuk mewajibkan kontraktor menyediakan peluang pekerjaan untuk veteran ATM, terutamanya yang punyai kelayakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
“Tumpuan khusus juga diberikan untuk membangunkan industri ketenteraan tempatan melalui pemindahan teknologi daripada pembekal aset ketenteraan dan menggalakkan pemain industri tempatan menembusi pasaran eksport.
“Sebagai contoh, syarikat tempatan Aerodyne yang muncul sebagai penyedia perkhidmatan dron utama dunia wajar disokong untuk mengeksport aplikasi keselamatan kawalan sempadan,” katanya.
Foto: Bernama
Beliau berkata, tumpuan khusus juga diberikan untuk membangunkan industri ketenteraan tempatan melalui pemindahan teknologi daripada pembekal aset ketenteraan dan menggalakkan pemain industri tempatan menembusi pasaran eksport.
“Sebagai contoh, syarikat tempatan Aerodyne yang muncul sebagai penyedia perkhidmatan dron utama dunia wajar disokong untuk mengeksport aplikasi keselamatan kawalan sempadan,” ujarnya.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Sementara itu, berhubung sempadan negara, kerajaan menegaskan isu Laut China Selatan perlu diselesaikan di meja rundingan dengan pendirian bahawa ia boleh ditangani secara aman, namun tidak bermakna perlu bertoleransi dengan hak dan kedaulatan negara.
“Sejumlah 560 juta ringgit juga disediakan untuk memperkasa sempadan negara. Antaranya untuk membina dua pos sempadan baharu di Bantul dan Serudung, Sabah; serta membekalkan badan penguat kuasa dengan teknologi dron dan AI untuk meningkatkan capaian kawasan boleh diawasi,” katanya.
Terdahulu, memetik laporan Sinar Harian, MINDEF berharap lebih banyak peruntukan diberikan melalui Belanjawan 2025 kerana penting dalam pemerkasaan kedaulatan tanah air.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, peruntukan tersebut untuk pelaksanaan beberapa perancangan termasuk pembelian aset, penambahbaikan perkhidmatan dan keperluan-keperluan anggota pertahanan negara.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source