Tiada duit, pelajar pakai kasut lusuh, kotor & tapak berlubang ke sekolah
Perkongsian seorang guru mengenai pelajar pakai kasut lusuh, kotor, koyak dan sebahagian tapaknya sudah tercabut telah membuatkan ramai sebak demi menimba ilmu di Sabah.
Menerusi video pendek dikongsikan Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling, Cikgu Jumat Mat Salleh di laman Facebook, dia melihat kelibat seorang pelajar memakai kasut yang sangat kotor semasa bertugas menyambut kedatangan pelajar di pintu pagar sekolah.
Pelajar pakai kasut lusuh
Beliau berkata, pada awalnya dia berasa mahu marah melihat pelajar berkenaan memakai kasut kotor ke sekolah.
Namun, hatinya mula tersentuh setelah mendengar penjelasan dan keadaan kasut pelajar lelaki berkenaan.
“Semasa bertugas, saya ternampak pelajar lelaki memakai kasut yang sangat kotor.
“Saya tahan dia dan tanya kenapa kasut kotor? Kamu tak basuh ke?
“Kemudian, dia jawab dengan rasa takut. ‘Kalau saya cuci, nanti tapaknya jatuh dan tak boleh pakai lagi cikgu,” katanya.
Artikel lain: “Kawan ejek saya miskin..”- Pelajar dedah punca takut pergi sekolah
Melihat keadaan itu, Cikgu Jumat kemudiannya membawa pelajar berkenaan bersama guru lain ke Pekan Kunak, Sabah untuk membeli stokin dan kasut baharu buatnya.
Pelajar berkenaan memberitahu ia adalah kali kedua dirinya menjejakkan kaki ke pekan berkenaan.
Dia turut meninggalkan pesanan buat pelajar berkenaan supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib diri dan keluarga.
“Esok bila sudah berjaya, kamu boleh bantu lebih ramai orang,” katanya sambil memeluk pelajar berkenaan.
Sumber: FB Cikgu Jumat
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source