Isteri saya dah bertahun tak masak, tak mahu dia penat
“Isteri saya dah bertahun tak masak..”
Demikian perkongsian pelakon Idzham Ismail menerusi sebuah hantaran di platform Threads semalam sehingga membangkitkan perbincangan ramai terutama golongan lelaki.
Isteri saya dah bertahun tak masak
Idzham berkata, isterinya sudah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke dapur memasak untuknya dan keluarga.
Jelas pemilik nama Muhammed Idzham Ismail, dia lebih gemar membawa keluarga untuk makan di restoran kerana mahu meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dan isteri.
“Isteri saya dah bertahun tak masak sebab saya tak nak dia penat.
“Saya akan makan dekat kedai satu keluarga hari-hari dan secara tak langsung bawa anak isteri ambil angin luar,” katanya.
Pelik lelaki enggan bertanggungjawab
Sebagai seorang suami, aktor berusia 36 tahun itu juga meluahkan rasa pelik apabila segelintir lelaki tidak tahu tanggungjawab mereka sebagai suami termasuk soal nafkah.
“Saya tak faham kenapa perempuan boleh jumpa lelaki yang jenis tak uruskan semua nafkah. Maksud saya pada yang mampu atau malas bekerja ni.
“Yang dah berusaha keras ni saya faham rezeki mungkin Allah nak isteri kongsi sama,” ujarnya.
Akui Idzham, setiap insan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kerana ia adalah fitrah, namun perkara itu perlulah berbaliklah pada ajaran Islam supaya menemui ketenangan dalam kehidupan.
“Kita manusia fitrah memang ada buat silap atau jahil, tapi belajarlah agama untuk kehidupan.
“Ikut ajaran dan hukum Islam, itu sahaja jalan ketenangan,” jelasnya.
Tak perlu bitter, ikut kemampuan sendiri
Sekadar info, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada Ogos 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4 tahun.
Sumber: Threads idzham_ismail
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source