Watie Hanifiah kongsi tips kahwin dengan duda kehilangan isteri
Usahawan Watie Hanifiah kongsi tips kahwin dengan duda yang kehilangan isteri di IG-storynya telah berjaya tarik perhatian ramai.
Dalam hantaran tersebut, isteri kepada pelawak iaitu Shuib memberitahu wanita yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki berstatus duda disebabkan kematian insan tersayang perlu bersabar dengan pilihan sendiri.
Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata demikian selepas ditanya oleh salah seorang pengikutnya ketika sesi soal jawab di Instagram.
Watie Hanifiah kongsi tips
Artikel lain: Tak pernah mengadu, Watie dedah Shuib tambah duit nafkah selepas kes Fattzura
“Tips dia kena tahu dulu apa yang kita pilih, jika itu pilihan kita jadi kena banyakkan bersabar.
“Kalau ada benda terasa, cepat-cepat baca selawat. Cakap dalam diri ‘takpelah dunia hanya pinjaman’.
“Hidup, hati dan perasaan manusia ni Allah yang punya, kita nak fikir sangat pun satu masa Allah ambil nyawa kita atau suami jadi tetap tak ada apa juga yang tinggalkan,” katanya.
Bukan itu sahaja, golongan isteri digalakkan untuk pandai memujuk diri dan berfikiran positif terhadap pasangan masing-masing bagi menggelakkan sebarang masalah bertambah teruk.
Katanya, apa yang lebih penting adalah sentiasa mendoakan keluarga dalam lindungan Tuhan dan berbahagia dalam menjalani bahtera perkahwinan.
Watie Hanifiah kongsi tips
“Kalau kita berfikiran baik, insya-Allah ganjaran yang baik juga yang Allah beri.
“Tapi kalau nak fikir negatif, maknanya kita cari jalan gaduh, jalan bermasalah dan apa yang kita dapat?
“Mood tak happy, hari-hari yang kita nak lalui pun kita tak akan rasa happy, nak terasa tu boleh tapi cepat-cepat pujuk hati dengan berkata ‘tak apa la, semua pun Allah punya..’ dia boleh bagi dan boleh ambil.
“Yang penting kita yang kena selalu doa, minta kat Allah semoga Allah beri rasa kasih, cinta, rindu dalam hati suami dan anak-anak untuk kita dan begitu juga kita pada mereka,” ujarnya.
Sekadar info, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarhamah Siti Sarah. Namun, penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.
Shuib kemudiannya berkahwin dengan dengan Watie pada 23 Jun 2023.
Sumber: Instagram @Watie Hanifiah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source