Cuma luah teruja nak rasa ‘baby kick’, Atikah Suhaime dimarahi netizen
Pelakon wanita, Atikah Suhaime dimarahi netizen yang tidak semena-mena ‘naik angin’ apabila selebriti itu meluahkan keterujaan untuk merasai tendangan bayi yang ada di dalam kandungannya buat pertama kali.
Menerusi hantaran di Instagram, Atikah memaklumkan yang dia pertama kali dalam hidupnya merasai dagu berlapis (double chin) dengan menyertakakan sekali gambar wajah terkininya.
Cuma tanya je, tapi Atikah Suhaime dimarahi netizen
Atikah dilihat tidak menjadikan perkara tersebut satu masalah apabila meninggalkan emoji ketawa pasrah dan sempat bertanya kepada para ibu waktu bila bayi dalam kandungan akan mula menendang.
Ujarnya, dia sedikit teruja dengan perkara itu dan akui tidak sabar untuk melalui proses berkenaan sehingga hari-hari menanti ia berlaku.
“First time dalam hidup dapat double chin. Nak tanya mummies out there, biler you all start rasa baby kick? I hari2 tunggu tak sabar,” tulisnya.
Atikah Suhaime dimarahi netizen, dituduh kalut
Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut nampaknya tidak disukai oleh sesetengah pihak apabila dilihat memarahi Atikah di ruangan komen.
Netizen tersebut turut seakan menakut-nakutkan pelakon itu dengan menyatakan apabila bayi mula menendang barulah ibu tahu bagaimana rasa sakit yang dihidapi.
Dia juga meminta pelakon asal Singapura itu untuk tidak terlalu kalut kerana ramai lagi yang merasai hal sama sepertinya.
Minta maaf kalau tersinggung
Perkara tersebut dibalas oleh isteri kepada usahawan, Datuk Lokman Teh dengan memohon maaf kepada individu terbabit jika posting yang dibuat menyentuh perasaannya sehingga begitu marah apabila Atikah menyuarakan keterujaan yang dirasai.
“Maaf sebab saya excited sebagai first time mum nak tanya experience ibu-ibu lain.
“Sorry kalau tersinggung perasaan you. Rasanya you sorang saja yang marah-marah,” tulisnya.
Artikel lain: Atikah Suhaimie umum hamil 4 bulan, tak rancang beli barang bayi di luar negara
Tiba2 marah, macam tak ada adab
Walau bagaimanapun, ramai yang tampil menyokong apa yang dikongsikan Atikah kerana tidak salah rasanya dia bertanya pengalaman daripada para ibu yang pernah melalui proses berbadan dua.
Mereka juga turut sama-sama memberikan tips dan saranan kepada selebriti itu memandangkan dia baru pertama kali merasai kehamilan.
Rileks la kenapa nak marah2
Sekadar info, Atikah Suhaime atau nama sebenarnya, Datin Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, telah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari lalu.
Pada September tempoh hari, dia telah berkongsi gambar terbaru dirinya dengan memperlihatkan baby bump dan mengakui sedang hamil empat bulan.
Sumber: Instagram therealatikahsuhaime
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source