‘Sonic Boom’ Punca IPOH Bergegar? Kenali Ledakan Sonik Ini
Penduduk sekitar kawasan Ipoh digemparkan dengan bunyi dentuman kuat pada pukul 11.06 pagi semalam dan terasa gegarannya seolah-olah dilanda gempa bumi.
Beberapa pengguna media sosial turut mendakwa gegaran itu dirasai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Chemor, Stadium Perak, Meru Raya, Falim hingga Gugusan Manjoi.
ARTIKEL BERKAITAN : Gadis Ini Kongsi Itinerari Lokasi Menarik Jika Korang Buat Trip Ke Ipoh-Cameron Highland
Berpunca daripada ‘Sonic Boom’
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, kejadian tersebut bukan berpunca daripada aktiviti letupan kuari atau latihan dari kem Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta.
Pihak Polis masih menjalankan siasatan namun penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berpendapat bunyi dentuman kuat itu kemungkinan berpunca daripada ‘Sonic Boom’ (ledakan sonik).
Menurut kenyataannya dalam Berita Harian, ledakan sonik adalah bunyi kuat berpunca dari gelombang kejutan yang dicipta sebarang objek sedang bergerak melalui udara seperti jet pejuang dan mencapai kelajuan lebih pantas berbanding kelajuan bunyi.
Bagaimana Sonic Boom Terjadi?
Sonic boom berlaku apabila objek seperti pesawat supersonik atau peluru bergerak lebih pantas daripada kelajuan bunyi. Berikut adalah bagaimana proses ini berlaku:
- Kelajuan Subsonik: Pada kelajuan yang lebih perlahan daripada kelajuan bunyi, gelombang bunyi yang dihasilkan oleh objek itu menyebar secara normal ke semua arah. Tiada fenomena letupan yang berlaku kerana objek tersebut tidak bergerak lebih pantas daripada bunyi yang dihasilkannya.
- Kelajuan Supersonik: Apabila objek bergerak lebih pantas daripada kelajuan bunyi (kelajuan Mach 1), ia akan melepasi gelombang bunyi yang dihasilkannya. Gelombang bunyi ini tidak lagi dapat tersebar secara normal, tetapi terkumpul di hadapan objek tersebut. Tenaga tekanan yang terkumpul ini akhirnya dilepaskan dalam bentuk letupan bunyi yang dikenali sebagai sonic boom.
- Gelombang Kejutan: Sonic boom adalah hasil daripada gelombang tekanan yang bergerak melalui udara. Gelombang ini terbentuk di hadapan dan di belakang objek yang bergerak supersonik, mencipta kesan bunyi letupan yang kuat apabila gelombang ini mencapai permukaan tanah.
- Kelajuan Mach: Sonic boom hanya berlaku apabila objek bergerak lebih pantas daripada Mach 1, iaitu kelajuan bunyi. Kelajuan ini boleh berbeza mengikut keadaan suhu dan tekanan udara, tetapi biasanya sekitar 1,235 km/j (767 mph) dalam udara pada suhu biasa.
Mengapa Sonic Boom Sangat Kuat?
Bunyi letupan yang dihasilkan oleh sonic boom sangat kuat kerana gelombang tekanan yang terbentuk sangat padat dan mencipta perubahan mendadak dalam tekanan atmosfera. Perubahan tekanan ini diterima oleh telinga manusia sebagai bunyi letupan yang kuat. Semakin besar dan cepat objek tersebut, semakin kuat sonic boom yang dihasilkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Download seeNI sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source