“Tak ada orang lain ke?”
Warga maya meluahkan rasa kurang senang apabila penyanyi Adira berguru dengan Andika Putera susulan pempengaruh media sosial itu pernah menjadi bualan ramai kerana konfliknya bersama bekas isteri.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi yang juga merupakan usahawan itu telah memuat naik satu video pendek memaparkan dia sedang menghadiri kelas Andika.
Adira berguru dengan Andika
Pada video tersebut, Adira yang memakai pakaian berwarna putih kelihatan sedang duduk di sambil menulis nota pembelajaran yang sedang disampaikan oleh Andika.
Manakala, Andika pula sedang berdiri dan menulis sesuatu di papan putih di hadapan mereka sambil menerangkan apa yang dia sedang tulis.
Pada ruangan kapsyen, penyanyi berusia 33 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada Andika kerana telah berkongsi ilmu dengannya.
Netizen persoal Adira berguru dengan Andika
“Terima kasih untuk ilmu hari ini. Barulah terbuka sikit minda ni,” katanya pada ruangan kapsyen.
Artikel lain: Andika Putera idam jawatan Perdana Menteri diperli netizen – “Jadi ketua keluarga pun gagal..”
Bagaimanapun, menerusi tinjauan, Adira mahupun Andika tidak menjelaskan mengapa penyanyi itu mengambil keputusan untuk belajar daripada pempengaruh tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mempersoalkan mengapa Adira belajar daripada Andika sedangkan baru-baru ini pempengaruh itu menjadi bualan ramai kerana konflik antara Andika dan isterinya.
Adira berguru dengan Andika, kenapa dia?!
Takde orang lain ke nak belajar?
Kenapa pilih dia, takut nak belajar dengan dia
Lelaki yang curang juga nak pergi belajar
Dalam pada itu, ada juga warganet yang mempersoalkan sama ada Adira memahami sebarang perkongsian Andika memandangkan dia kelihatan seakan-akan tidak faham apa yang disampaikan pempengaruh itu.
Faham ke dia cakap apa?
Namun begitu, terdapat segelintir netizen yang memberikan sokongan kepada Adira untuk terus belajar dan menimba ilmu.
Semangat!
Teruskan menimba ilmu
Saya sokong Adira dan Andika
Terdahulu, Andika menjadi bualan ramai selepas bekas isterinya melakukan pendedahan mengenai pempengaruh itu di media sosial.
Andika dan bekas isterinya, Ananda Natasha bercerai pada tahun 2022 namun mereka mengambil keputusan untuk rujuk semula demi kebaikan anak.
Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila sekali lagi mengambil keputusan untuk bercerai pada Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, perceraian kedua pasangan ini menjadi bualan hangat apabila Andika dan Ananda masing-masing saling membuka aib mereka.
Sumber: Instagram Adira Suhaimi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source