Tengku Muhammad Iskandar & Tengku Natasya Selamat Diijab Kabul, Tampil Tampan Berseri Dengan Rona Putih
Dalam pada warganet sedang khusyuk memberi perhatian kepada kelahiran cahaya mata sulung Noor Neelofa, adiknya Athisha Khan pula dalam diam telah mengikat tali pertunangan bersama pilihan hati selepas 10 tahun menjalin kasih.
Athisha memuat naik gambar pertunangannya di Instagram semalam dan Remaja berpeluang menemu bual adik kepada selebriti popular yang merupakan seorang pempengaruh di media sosial.
“Sebenarnya hari merisik dan majlis pertunangan dibuat sekali pada 26 Disember lalu.
“Cuma Sha baru sahaja muat naik gambar di media sosial. Kalau boleh, memang Sha tak mahu ikat tali pertunangan terlalu lama, sekejap saja insyaAllah dan keputusan ini juga dilakukan atas nasihat dan pandangan orang lain,” katanya yang sempat untuk merakamkan klip sekitar majlis pertunangannya lalu memuat naik dalam bentuk Vlog di saluran YouTube-nya.
“Sebelum ini Sha tidak pernah mempunyai sasaran umur hendak berkahwin. Kita hanya merancang dan Allah lebih tahu.
“Tapi sewaktu lebih muda dulu, Sha seperti sudah dapat membayangkan bakal berkahwin di antara umur 23 – 25 tahun. Everyone have their own time and journey, and maybe this is the best time for me,” jelas Athisha.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah skala majlis pertunangan tersebut yang berlangsung secara sederhana namun tetap jelas kelihatan riak wajah tetamu yang gembira bagi pasangan sama cantik sama padan itu.
Athisha menggayakan sepasang baju kurung ringkas (atas permintaan dirinya sendiri) rekaan Mimpi Kita yang manis menawan; manakala ahli keluarga yang lain juga memilih persalinan yang bersesuaian dengan majlis.
“Sha memang rapat dengan Kak Nurul daripada Mimpi Kita, jadi merekalah individu yang diberikan kepercayaan untuk menyiapkan busana pertunangan itu. Sha hanya meminta menyediakan baju kurung tradisional yang ringkas. Sha juga tidak mahu memilih warna putih kerana mahu ‘menyimpan’ warna itu untuk hari perkahwinan nanti.”
“Untuk majlis pula, sebelum ini kami sekeluarga memang tidak pernah menganjurkan sebarang majlis merisik atau pertunangan secara besar-besaran. Sha pun memang suka begitu kerana Sha suka benda yang simple.
“Tidak semestinya MAJLIS yang istimewa perlu diraikan secara meriah. Majlis ini juga sama dilakukan seperti majlis yang kami anjurkan sesama keluarga sebelum ini.”
“Sha bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sangat menyokong, my mom and my dad banyak menguruskan majlis dan Sha merasakan ini adalah hari yang istimewa kerana semuanya diuruskan oleh ibu bapa sendiri,” tambahnya lagi.
Apabila REMAJA merisik mengenai majlis persandingan pula, katanya mungkin hanya satu majlis saja yang akan dilangsungkan secara lebih meriah. Harapannya tentulah agar lebih ramai tetamu jemputan yang boleh hadir pada waktu itu.
“InsyaAllah it will be more grand kerana kami mahu meraikannya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan lain, selain meraikan perhubungan Sha dan pasangan yang sudah lama menjalin kasih.”
REMAJA ingin mengucapkan tahniah buat Athisha dan pasangannya Haiqal. Nampaknya seperti ada bayangan bahawa majlis pernikahan mereka akan dilakukan dalam waktu terdekat. Mungkinkah dalam tahun ini? Apa-apa pun kami mendoakan agar urusan Athisha dipermudahkan olehNya.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source