“Kalau boleh nak kerja..”- Ebby Yus tak sekuat dulu, gadai keris kesayangan demi kelangsungan hidup
Pelakon dan pelawak, Ebby Yus tak sekuat dulu selain sudah empat bulan tidak mampu bekerja akiabt menderita sakit lemah jantung serta buah pinggang.
Memetik laporan Kosmo! Online, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid juga terpaksa menjual lima keris koleksi peribadinya bagi menampung kehidupan harian.
Ebby berkata, dia enggan menyusahkan ahli keluarga serta rakan-rakan yang sudah banyak membantu sejak disahkan mempunyai masalah kesihatan sejak enam tahun lalu.
“Memang saya kalau boleh tak mahu heboh sebab risau kawan bimbangkan keadaan kita.
“Kalau rakan artis ramai termasuk Jepp Sepahtu dan Roy Azman yang datang dengan geng konvoi bermotosikalnya,”ujarnya.
Ebby Yus tak sekuat dulu
Kongsi Ebby, selepas memasang alat perentak jantung pada Disember tahun lalu, dirinya sudah tidak lagi mudah pitam.
Bagaimanapun, dia masih belum boleh melakukan kerja berat atau mengambil mana-mana tawaran di luar studio biarpun dirinya dibolehkan untuk bekerja.
Katanya lagi, selepas pembedahan memasang perentak jantung akhir tahun lalu kesihatan berada pada tahap yang baik dan dapat memenuhi beberapa tawaran kerja termasuk bersama Sepahtu Reunion.
“Penyakit lemah jantung yang saya hidapi sejak 2018 membuatkan tenaga saya tidak sekuat dulu, apatah lagi sekarang kena mulakan rawatan dialisis akibat sakit buah pinggang.
“Dahulu saya sudah jual empat kereta, sekarang saya ada keris lama yang mempunyai nilai kepada pengumpul. Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat tampung belanja harian,” katanya.
Difahamkan, Ebby sudah berkampung di hospital selama 17 hari sejak awal bulan in akibat pening disebabkan tekanan darah rendah yang membawanya ke Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Kesihatan saya mula terganggu sejak empat bulan lalu hingga pergerakan semakin terbatas tetapi tidak ramai tahu keadaan saya (masuk wad) kerana tidak mahu hebohkan.
“Saya jalani pembedahan kecil pada perut bagi memasukkan tiub untuk memulakan rawatan dialisis air di rumah namun luka saya dijangkiti kuman yang menyebabkan saya lama di hospital.
“Dalam tempoh ini berat saya dari 72 kilogram (kg), susut kepada 60 kg,” katanya lagi.
Ebby jalani dialisis darah sebelum air di rumah
Menurut Ebby lagi, buat sementara waktu dia perlu menjalani dialisis darah di hospital sebelum mula melakukan dialisis air di rumah empat kali sehari dalam tempoh terdekat.
“Esok (Ahad) saya perlu ke hospital lagi bagi menjalani rawatan susulan selain periksa tiub atau kateter yang dipasang pada bahagian perut saya,”kongsinya lagi.
Dikesempatan itu, Ebby berterima kasih kepada saudara dan rakan yang datang melawat serta menghubunginya bertanya khabar termasuk menghulurkan bantuan.
Artikel lain: Derita pelbagai penyakit kronik, keadaan terkini Ebby Yus bikin ramai sayu
Sekadar info, Ebby alami masalah jantung dan penyakit buah pinggang bocor tahap tiga sehingga menyebabkan dia hilang mata pencarian dalam bidang seni.
Pada tahun lalu, Ebby pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), HKL berikutan tahap kekuatan jantungnya menurun sebanyak 27 peratus dan menjalani pembedahan memasang perentak jantung.
Sumber: Kosmo! Online (Hanisah Selamat)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source