Sah! Ina Naim bakal bernikah dengan duda anak dua 8 November ini
“Bakal suami berusia 41 tahun dan betul dia duda anak dua. Dia sudah lama mengidolakan keluarga kami dan cara arwah Suhaimi mengajar anak-anak.
“Dia memulakan langkah dengan menghantar mesej melalui WhatsApp kepada saya. Pada mulanya, saya tidak layan, tetapi selepas dia tidak berputus asa mencuba, akhirnya saya sambut salam perkenalan.
“Niatnya berkahwin dengan saya kerana mahu mengumpul pahala menjaga anak yatim dan membela nasib ibu tunggal,” jelas Ina Naim.
Dalam pada itu, Ina menzahirkan rasa syukur apabila anak-anaknya juga faham dan menerima kehadiran bakal bapa tiri mereka.
“Alhamdulillah, mereka terima. Saya jelaskan kepada anak-anak kenapa saya perlu berkahwin semula.
“Saya nampak bakal suami pun ikhlas menyayangi anak-anak saya. Dia juga mahu menjadi seperti arwah suami, hendak mengajar anak-anak kerana bakal suami memiliki latar belakang dalam bidang kejuruteraan,”ujarnya.
Ina ataua nama sebenarnya Nordiana Md Naim berkata, selain anak-anak, dia meminta pandangan ibu bapa serta adik-beradik arwah suaminya mengenai keputusan untuk berkahwin.
“Mereka tak menghalang. Adik-beradik arwah memberikan galakan kerana mereka tahu bukan mudah untuk saya membesarkan anak seorang diri.
“Sekurang-kurangnya adalah seseorang yang dapat bantu saya membimbing anak-anak,” katanya.
Artikel lain: Dah edar kad jemputan? Ina Naim nafi bakal kahwin dengan artis
Sekadar info, Ina Naim mendirikan rumah tangga dengan penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007.
Namun, Allahyarham Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source