“Saya seorang duda..”- Alif Hadi dedah pernah kahwin, akui suka wanita berusia
Pelakon Alif Hadi dedah pernah kahwin, namun telah bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga.
Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Abdul Hadi membuat pendedahan tersebut menerusi sebuah Podcast Confession Bilik Gelap.
Alif Hadi dedah pernah kahwin
Alif berkata, ramai orang tidak mengetahui dirinya pernah mendirikan rumah tangga dan sehingga kini masih lagi memegang status duda.
Ujar Aliff, dia mendirikan rumah tangga pada usia muda iaitu tahun 2011 selepas menamatkan pengajian ijazah sarjana.
“10 tahun paling lama dalam perhubungan dan itu merupakan perkahwinan pertama. Setahun bercinta, dua tahun bertunang dan tujuh tahun perkahwinan.
“Ramai orang tak tahu, saya berkahwin ketika usia 22..23 tahun. Ya, baru habis degree..masters dan terus kahwin.
“Sekarang orang tahulah, saya seorang duda..yang mungkin terlajak laris,”dedahnya.
Suka wanita berusia
Aktor berusia 36 tahun itu juga akui dia lebih suka akan wanita lebih berusia daripadanya.
“Dia empat tahun lebih tua daripada saya.
“Tak tahu..saya suka wanita yang lebih berusia,”ujarnya lagi.
Dalam nada seolah-olah kecewa, Alif Hadi memberitahu perkahwinannya selama tujuh tahun bersama wanita terbabit dianggap satu pembaziran.
Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun tersebut dilihat seolah-olah sangat kecewa dengan perkahwinannya yang terdahulu.
“Aku bazir tujuh tahun ini, hidup untuk orang lain.
“Kita kalau hilang orang tak mengapa, jangan hilang diri sendiri. Perkara itu boleh membuatkan kita..tiba-tiba jadi gila ke.
“Kemudian apa lagi nak buat selepas itu..dah tak betul, simpan lama-lama. Ketika itu saya sudah berada di dalam industri,”luah Alif Hadi.
Artikel lain: Impian naik pelamin tak kesampaian, Alif Hadi dedah sudah putus cinta dengan Yasmin Hani
Terdahulu, Alif mendedahkan hubungannya bersama aktres Yasmin Hani sudah terputus di pertengahan jalan selepas lebih tiga tahun bercinta.
Bagaimanapun, pemenang trofi Aktor Pembantu Filem Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-36 (ABPBH 36) itu enggan memberitahu punca perpisahan mereka kepada umum.
Sumber: TikTok syoksyoksyok
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source