Shuib bengang digelar artis tak bijak, level mat rempit
Gara-gara jemput Abah Hayat yang terlibat jenayah ‘kerat 8’, usahawan dan pelawak, Shuib digelar artis tak bijak oleh netizen, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad di Insta-storynya, dia memuat naik tangkap layar yang menunjukkan individu terbabit seolah-olah tidak berpuas hati dengan tetamu jemputan untuk episod 30 Dol’s Podcast.
Digelar artis tak bijak
Artikel lain: Jemput Abah Hayat sertai podcast, netizen minta jaga sensitiviti keluarga mangsa ‘kerat 8’
“Artis bodoh dan tak ada bakat koyak. Kau jual madu kau diam-diam jelah boy.
“Shuib ni level matrem yang ada luck je, bocah hingusan,” dakwa individu tersebut.
Tidak berdiam diri, Shuib menyelar tindakan tak beradab individu tersebut malah sempat menzahirkan ucapan terima kasih atas gelaran yang diberikan walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.
“Terima kasih bro, tak kenal kau tapi senang je kau bodohkan orang ye. Kau yang terpaling pandai la kot, salam Jumaat,” kata Shuib.
Digelar artis tak bijak
Terdahulu, pengendali audio siar, Dol’s Podcast iaitu Shuib bersama Fizie dan Mamat menjadi bualan hangat ramai apabila mereka menjemput Abah Hayat atau sebenarnya Khairul Anuar Zakaria sebagai tetamu jemputan.
Mana tidaknya, ramai berpendapat mereka tidak sewajarnya menjemput bekas banduan kes pembunuhan kerat lapan bagi menghormati sensitiviti keluarga mangsa.
Sumber: Instagram @Shuib Sepahtu
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source