“Anak raja pun ambil makanan sendiri..”- Netizen puji istiadat perkahwinan Tengku Muhammad, Tengku Natasya
“Anak raja pun ambil makanan sendiri..”
Majlis perkahwinan pasangan Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan isteri Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan pada Istiadat Berinai semalam berlangsung dengan penuh istiadat.
Pasangan sejoli yang selamat diijabkabulkan pada Khamis di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang itu sekali lagi menarik perhatian rakyat jelata terutama warganet.
‘Anak raja pun ambil makanan sendiri’
Menerusi perkongsian video dimuat naik pengguna TikTok @qramarif, jelas menunjukkan pasangan Diraja itu dengan bersahaja mengambil makanan bersama tetamu-tetamu yang lain sehingga menerima pujian ramai.
Tindakan pasangan merpati dua sejoli mengambil makanan sendiri di majlisnya tanpa bantuan pembantu majlis secara tidak langsung dijadikan sebagai contoh baik dan peringatan kepada masyarakat lain untuk lebih mementingkan adat dan adab.
“Anak raja pun ambik makanan sendiri. kita baru jadi raja sehari, nak orang hidang siap dengan udang panjat cantik sangat warna baju pengantin,”tulis warganet.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji dan mengimbau kembali kenangan mereka bergelar raja sehari.
Terdahulu, waris ganti kedua Sultan Pahang Tengku Muhammad Iskandar sah bergelar suami kepada Tengku Natasya Puter dalam Istiadat Akad Nikah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang kelmarin.
Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz dengan mas kahwin senaskhah al-Quran.
Anggun dengan persalinan berona biru laut, selepas diijabkabulkan pada Khamis, pasangan pengantin diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan terus diraikan dalam Istiadat Berinai semalam.
Pada Ahad ini Istiadat Persandingan dijadualkan akan berlangsung jam 8 malam di Istana AbdulAziz di sini.
Istiadat Persandingan disiarkan secara langsung melalui dua buah layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Dataran Bandar Diraja Pekan.
Manakala pada 28 Oktober pula akan berlangsung Istiadat Santap Nasi Adap-Adapan dan Istiadat Bersiram yang juga diadakan di Istana Abdulaziz sebelum Istiadat Menutup Kerja diadakan dengan acara menurunkan Bendera Istiadat Menutup Kerja diikuti dengan 16 das tembakan meriam.
Artikel lain: Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya selamat diijabkabulkan
Terdahulu Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan Istiadat Meletak Kerja di Istana Abdulaziz pada pagi 22 Oktober lalu.
Sumber: TikTok qramarif
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source