Cik Epal dedah pernah cuba untuk rujuk, namun hati tertutup lepas kes di Milan
Pempengaruh, Cik Epal dedah pernah cuba untuk rujuk dengan menurunkan egonya sendiri meminta maaf berulang kali kepada bekas suami namun menerima jawapan yang cukup menyakitkan hati.
Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Cik Epal di ruangan Insta Story miliknya apabila mendedahkan pernah memohon maaf berkali-kali kepada bekas suami demi memastikan anak-anak mereka tidak menjadi mangsa ‘broken home’.
Cik Epal dedah hampir tiap hari minta maaf
Jelas pempengaruh itu, hampir setiap hari dia meminta maaf tanpa memikirkan sama ada dia bersalah atau pun tidak demi menyelamatkan rumah tangga.
Namun, balasan jawapan daripada bekas suami cukup menyakitkan apabila memberitahu semua itu sudah terlambat.
“Aku cuba perbaiki hubungan sebab aku tak nak Han dan Yuki ada broken home,”
“Time ni aku dah bercerai tapi jawapan duda aku hanyalah “dah terlambat”,” tulisnya.
Artikel lain: Kakak Jofliam pula buka mulut, dakwa Dewi guna beg tangan milik Cik Epal?
Cik Epal dedah bekas suami hanya balas “sudah terlambat”
Dedah Cik Epal lagi, dia sudah berusaha untuk kembali rujuk selepas berlaku penceraian tersebut namun selepas kes Milan tempoh hari, hatinya cukup hancur dan pintu hati untuk dudanya itu telah tertutup rapat.
“Ok. Aku dah usaha untuk rujuk pada mulanya cuma dengan kes Milan, buat hati aku hancur dan terus tertutup untuk duda aku.
“Aku rasa Allah tahu apa yang terbaik untuk aku,” tambahnya lagi.
Perkongsian tersebut dibuat selepas tularnya muat naik dari Cik Epal yang mana dia menuntut agar wanita dikenali sebagai Dewi untuk membayar ganti rugi sebanyak RM1,000,000 kepadanya selepas didakwa melemparkan fitnah sehingga mencalarkan imej.
Hal ini susulan podcast yang dihadiri Dewi dimana wanita itu membuka cerita dari sisinya setelah dikaitkan dengan penceraian Cik Epal serta usahawan, Jofliam.
Sumber; Instagram cikepal06
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source